I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Wednesday, May 20, 2009

Tanda-Tanda Hampir Bersalin...

Maap ye..banyak nau entry pasal nak bersalin..dah nama nye aku mmg nak bersalin pon..kehkehkeh..


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. - yg nie mmg dah terase sakitnye
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing - slalu bgun mlm2 p toilet
  • sakit perut, memulas - yg nie ari2 sakit :( sampai xlalu mkn
  • kerap buang air besar - yg nie mmg kerap pastu sembelit ;P
  • kerap terkentut - kdg2 baunyer yg dhsyat..hehehe

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. - yg nie xsure lg
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. - yg nie blom lg

Sakit belakang

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. - aduhh slalu sakit kt opis n mlm2
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. - skg xlrt nk jln dh
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. - hubby urut tp xkrg pon :(

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

3 comments:

masniza mahmud said...

cian kat dakcikain.. xpe, ktorg tumpang stanby jek k opis! hehehhe

axie said...

hrmm..cian kat die jugak =(

Fazila said...

ain... jgn stress ek.. think positive... baca doa banyak2.. insyallah semua akan brjln lancar.... Semoga slamat yer... nnti dah brsalin bg tau akak yer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails