I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Tuesday, October 12, 2010

asmara


salam..


nie bukan nk citer psl asmara yg tuttttt tue eh..nie xde kene mengena okeh...hehe...kali nie i nk review ckit psl drama kat tv ni...


i suke betul tgk citer 'asmara' nieh..setiap selasa mesti tggu nk tgk drama..dah lupe nk tgk biggest loser asia..drama nie ditonton oleh encik hubby jugak tau...kate sehati sejiwa! haruslahhh...:)


jalan citer pun best! heroin nye ishhh sgt kejam okeh..geram i tgk! bile tgk die duk marah2 asmara i plak yg emosi lebeh..hahaha..perasaan lebih pulak!

ape yg membuatkan i tgk drama nie adelah disebabkan hero nya! oh sgt2 membuatkan mata nie terpaku! hahaha hover

muke yg ala2 cinese look..mata yg sepet..oh my taste...opppsssss! terlebih sudahh..jgn mare ha abg!..:)


so mari kite bace sinopsis asmara!



tue la heronyaa! ohhhh asmaraaaaaa



Sinopsis ASMARA di Slot Lestary TV3


Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.


Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).


Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.


Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek ke rana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan.

Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak. Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.

Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati?

******************************************************************************************************************


haaaa... ape lg u ollss..jom join i layan citer asmara nie...sambil melayan perasaan hehehe




futnote : dah x boleh sgt nk berbelog n berFB kat opis..dah kene sound okeh..2 la psl i berbelog dr umah skg nie..pakai harta sendiri lebih baek..

dan satu lagi byk berita yg i terima arinie menyedihkan hati i yg kecik nie...sgt2 terkejut! dan still dlm mode *badmood*! tetibe terpikir ape yg i wat selama nie useless!...ohhh ati bersabarlaaa (tapi kenape i yg terlebih emosi nie????? ) can't think!






2 comments:

-Sara- said...

oo best ek cite ni ain? sara xpenah tgk lak..hehe :D

~~zaa~~ said...

zaa tak pernah layan pun cite ni....best ke???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails