I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Friday, July 22, 2011

Panduan mendidik anak


salam ptg jumaat ,

dah lame xcerita psl puteri kesayangan sorg tue..
sejak masuk umur 2 tahun nie , byk ragamnya..byk peelnya..byk keletahnya...
cume sy nak share satu perangai Sofea yg sy sendiri kurang gemar..

perangai garang dan perangai susah nak dgr cakap..
boleh dikatekan budak banyak kuat  naik angin ! (macam nisa ckp)
kalo lagi tegur lagi dia xdgr..
kalo lagi marah lg dia memberontak..
kalo cakap baik2 mmg xjalan !..

sampaikan sy sendiri pun kena penangan anak !
sabo jek la..

sy & encik suami risau tgk dia bersikap cm tue..
takut lekat sampai besar..naya !
so sy pun google utk cari panduan mendidik anak..

jom kite same share !

*************************************************************************************************************


sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari.

Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi,  perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari. 

Begitu juga sebaliknya. Seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru  dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari

Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.

 setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.
 
Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?

Langkah #1: 
Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari.

Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.
Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.

Langkah #2: 
Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.

Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.

Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.

Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.


Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.

Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.

Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.

Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.
Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.
Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.
Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf  sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.

Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.

Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.

Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.


******************************************************************************
setelah sy dah habes baca , rupanya we olls masih byk kekurangan sbg ibu dan bapa ..masyaAllah..

hanya tahu melepaskan kemarahan sendiri akhirnya anak yg jadik mangsa...

sy akan baiki mane yg tak betul utk mase depan Sofea...

semoga berjaya =)





13 comments:

-Sara- said...

thanx 4 sharing dakcik :)

Ummi Rania Raffel said...

time umo dah bes mcm ni mencabar skit kn ain, kadang nisa pon menjerit sbb xtahan.. kalo nak apa2. nisa xlayan mmg dia ngamok, berontak.. hrp stage ni je la kan.. dah besar ok.. sama2 berdoa!

nia lg la dah ada adik, kuat berontaknya ain...

dakcik said...

sara : welcume dear..=)

dakcik said...

nisa : 2la..
dah besar mcm nie mmg..
satu lg cepat sgt ikut ape org buat..
kite pun kene berjaga2..

tu lah..
kalo sofea dah ade adik nti xtau la cane..hehe..opss!

iduraz said...

bagusnyer panduan nih..kita pon banyak sangat kelemahan dalam mendidik anak dara tuh..sama-sama kita baiki yer dok..

dianizan said...

sharing is caring..TQ ain..artikel yg meninggalkan kesan..

Madamme Anne said...

seiusly anne x penah ikut mood anak.. klu dia nak ngamuk ke ape Anne akan biar jer.. just jgn sampai mudarat la.. so far 2 bradik ni mmg jarang nak moody.. lg 1, umur2 mcm sofea ni kite da leh treat cam budak besar cket tp bwh pengawasan kita la.. just for me, jgn ikut angin dia, sbb Anne dah tgk beberapa org, bile anak dah umur 5-6 thn dah x leh nak control.. nakal tu sinonim dgn kanak2, tp mengamuk tu x sepatutnya la..

lg 1, last 2 week.. ini experience sndri la.. N g klinik.. Anas nakal sgt.. hanan duk marah suh "JGN G Sana", "JGN MAIN NI".. pastu doctor tu tgr, katenya kanak2 x menerima perkataan JANGAN.. so tukarkan ayat tu pada "CUBE PEGI SEBELAH SINI".. magicly, trs je ANAS ikut.. hehehehe

dakcik said...

iduraz : aah..
bila bce mmg byk kelemahan kita..
same2 amalkan..=)

dakcik said...

ina : welcume dear!
mmg tinggalkan kesan hebat!
ecece..;P

waniepaez said...

artikel y bagus dakcik..:)sgt2 berguna:)

dakcik said...

wanie : sharing is caring kan..=)

dakcik said...

anne : betul tue..
kalo lg marah..lagi dia memberontak..
Sofea skg mmg mcm tue..
kene cakap baik2 baru dia ikut..
pastue kalo ain nk suh dia amik ape2, mesti ain ckp 'tlg'..
bru dia amekkan..tp tu pun 2, 3 kali jgk..
letih mak! hehehe

TQ anne..sharing =)

aida yan'z said...

sangat bagus info nie..tq for sharing..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails