I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Wednesday, March 21, 2012

Resepi # Pavlova With ❤













Bahan-bahan : ( Utk 1 adunan ) 


4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis) 
1/2 sudu teh esen vanilla 
1 sudu teh cuka masakan 
1/2 sudu besar tepung jagung 


Topping/hiasan : 


1 cawan (240 ml ) whipping cream 
1 sudu teh gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla 


Tips sebelum membakar : 






Telur Kuning ambil buat nasi goreng..hehehe




1- Pastikan  ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk. 




2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh. 




Cara-cara : 










1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 












2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur. 












3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 






4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati. 
















5 - Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 








Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;) 










6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). 










7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :) 




Masa membakar : 


1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 










2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :) 








Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk. 










Sementara nk tunggu meringue masak , ade masa tu baru potong buah ikut selera masing-masing yek..




Cara menghias : 








1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 


2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 




















Bila rasa nak makan, baru selek whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.




Sedia untuk dimakan.


















p/s : masa class aritu , wanie buat untuk 2 adunan..so bahan-bahan digandakan..
cth : 4 bijik telur putih jadik 8 bijik telur putih..




Selamat Mencuba yek wokwok! senangggg jek tau..eceh! =)








psttt : detail tak sy bg resepi? haha..siap dgn gambo okeh..tak menahan..;P



Tuesday, March 20, 2012

Tempting Pavlova ! yummyyy ...





Akhirnya percubaan pertama ku membuat pavlova menjadik !
TQ sifuku Wanie..;)
Sanggup mengacau masa weekend diorg semata-mata nak hadir ke class pavlova wanie! eceh


Jom tgk hasilnya !













Sgt tempting kan?
terliur tak? hehe
yummmmmmmmmyliciousssssss ! ;)






p/s : nanti up dgn resepinya ..=)





Monday, March 19, 2012

Penang Village , Alamanda with ❤




ehem..kemain kan tajuk..;P



Jumaat 2 minggu lepas berjimba dgn azie & wanie ku..* kemain 2 mggu ko ! *
ke Penang Village..1st time masuk mkn kat sini..
cuba angin baru katenya !


















Lame jugak nk boleh dapatkan makanan kami..
tapi takpe, sbb ramai org..so kene faham kan?
* air milo diorg sgt mabeles *


Sementara tunggu makanan seme lengkap dihidangkan, 
kami berborak sakan ! mcm dah lame tak jumpa..
pdhal tiap hari tnya kabo..huhu
* eh yg penting tips wanie bg kene try okeh * ;p







eh ? makanan diorg xsampai lagik ?
kita snap 2,3 keping gambo lagi okeh ! hehe


Komen 1st try : 

Makanan not bad !
Harga pun not bad ! ;P
Air mabeles ! cume coffe sy pahit ckit tp boleh refill susu more n more..
Kerabu mangga mabeles !
Tempat ? niceeee ! sbb boleh berborak pjg sesukahati sampai xsedar masa mencemburui kita..eceh!


Not bad la kan 1st try..nanti boleh repeat lagi wokwok! =)
So pasni ke Penang Village with ❤ la kite ! 



p/s : have great time lunch! TQ zaa..;)







Wednesday, March 14, 2012

Kampung Permatang Badak, Kuantan



















 " Are there still herds of rhinoceroses (badak) in Kampung Permatang Badak in Kuantan Pahang ?? "

petikan dr New Strait Times ( NST ) ....

Wahhhh ! tempat lahir, tempat jatuh lg dikenang sy nie masuk paper lah!

NST menyingkap salasilah Kampung Permatang Badak...

Nak tau lebih lanjut sila baca sini 

tapi 1 jek nk komplen...

Sejarah yg dia cerita not 100% betul.. sebenarnya arwah Atuk sy yg bagi nama kampung tu..
mengikut cerita keluarga kami..
Tp nama-nama yg dia mention dlm paper tu mostly sy kenal..;)


Anyway, ckp byk xguna sbb bukti takdek..
* surat pelantikan atuk sy as a ketua kampung hilang ms banjir besar kat KTN, tp sy penah tgk & baca *


Takpelah...
janji cerita nama diambil dari binatang badak itu betul ! ;)




p/s : TQ boss sbb tlg bgtau kampung PA dia masuk paper! hehehe






Wordless Wednesday # 2









Pokok pertama yang saya bela hidup sampai sekarang !


Usia pokok : 19/7/2010


Dengan ucapan : doh besor ork mung skang ! =)








Monday, March 12, 2012

Terukir Di Bintang ❤ ❤ ❤





Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu


Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milikk ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…



Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu





p/s : 

Mama misssssssssss u Sofea!


















Friday, March 9, 2012

Oh Angin Tolong Sampaikan Rinduku Pada Dia






MISS HER LIKE CRAZY !!


ANGIN TOLONG SAMPAIKAN RINDUKU PADA DIA ....





Thursday, March 8, 2012

SBPA BATAL ! Alhamdulilah Rezeki Berganda ...












SBPA DIBATALKAN ! 
Kekal di SSM tapi akan ditambahbaik..



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan 

Antaranya, pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.
Bagi kumpulan Gred Utama C, B, A pelarasan gaji sebanyak sembilan peratus, manakala Gred Turus III dan II pelarasan gaji sebanyak lapan peratus.
Sementara itu, bagi Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus.






Info tambahan :

KGT (kenaikan tahunan) kekal dari RM80 - RM320
* sama mcm sy share dalam entri ini *


Pengiraan gaji kene tunggu jadual gaji keluar yek wokwok..Tapi saya excited dah kira sendiri! hahaha

Alhamdulilah...kalo betul pengiraan sy boleh tahan jgk kenaikan gajinya..=) 
Pengiraan dia sy pernah buat dalam entri ini
* yg ni pun kalo betul yek..sy try kira ikut kefahaman sy..ape pun kene tunggu jadual gaji keluar* 


Syukur Ya Allah..kurniakan rezki lebih utk kami sekeluarga & seluruh Penjawat Awam..
Alhamdulilah...





p/s : mimpi sy semalam menjadi kenyataan :) Syukurrrrrrr



Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday #1









Gambar pasport pertama Sofea...

* rambut baru , muka masam cetung! * ;P






Friday, March 2, 2012

Preloved Fareeda



Assalamualaikum & salam Jumaat ;)









Rania  -  Oren + krim
( 2 kali pakai )

Berminat sila email dakcik.ain@gmail.com




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails