I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Wednesday, August 21, 2013

Ekzema Atopik - Sopea diserang kembali dgn ekzema (Cerita Syawal yg sedih)


* entri panjang..sesi luahan perasaan *


adawiyah.koh@utusan.com.my




  • Ekzema merupakan penyakit kulit yang kerap dialami di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus merupakan golongan dewasa. Ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

  • Penyakit kulit ini merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit.
  • Ia boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak.

  • Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.
  • Bukan setakat rasa gatal, merah dan ruam, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

  • "Ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit.
  • Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.
  • Apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula. Ini menyebabkan kelembapan kulit hilang menyebabkan berlakunya ekzema atopik," ujar Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Leong Kin Fon.
  • Bayi yang berhadapan dengan ekzema atopik akan mengalami keresahan dan sukar untuk tidur.

  • Akibatnya, penjaga turut mengalami masalah yang sama sehingga menyebabkan tekanan meningkat.
  • Daripada kes yang berlaku, kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.
  • "Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria. Jika seorang ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis (alahan pada debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut mengalaminya.
  • Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mendapat asma atau alahan rinitis. faktor persekitaran seperti cuaca dan pencemaran juga dikatakan menjadi faktor utama penyakit ini," katanya ketika kempen kesedaran ekzema atopik anjuran Leo Pharma di Bangsar, Kuala Lumpur.
  • Rawatan Dalam pada itu Pakar Dermatologi, Pensyarah Kanan Hospital Hammersmith dan Pakar Kehormat Dermatologi di Kolej Imperial dan Diraja Lepasan Ijazah Sekolah Perubatan, London, Dr. Anthony Chu berharap pesakit berbincang dengan individu yang pakar terutama dalam pengurusan bagi meminimumkan serangan ekzema.
  • Menggambarkan bayi yang menghidap penyakit ini akan resah dan tidak boleh duduk diam, Dr. Anthony berpendapat ia sesuatu yang serius kerana kesan gatal atau ruam yang digaru itu boleh luka dan berdarah.
  • Menurut beliau, terdapat dua pilihan rawatan iaitu menggunakan streoid atau kombinasi streoid antibiotik dan krim.
  • Selain menggunakan pelembap, steroid untuk keradangan dan anti ubat gatal, pesakit boleh mengawal keadaan itu sendiri. Ini termasuk mengurangkan penggunaan cecair pencuci, penghilang bau, kosmetik, debunga dan makanan tertentu.
  • Dalam pada itu, pesakit-pesakit ekzema tidak disarankan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.
  • Sebaliknya, mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang alergi.
  • Sementara itu, kempen kesedaran ekzema atopik (bersatu menentang rasa gatal (itch) yang dijalankan dengan sokongan Leo Pharma ini, bertujuan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit tersebut.
  • Berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:
* Bawa anak berjumpa doktor
* Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang           mengeringkan kulit.
* Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.
* Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.
* Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.
* Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.



Berikut petikan dari utusan.com.my mengenai penyakit ekzima.

Ok..sebelum raya baru ni , Sopea memang dah ada tanda-tanda ekzima dia dtg balik.Kitorg sapu krim (steroid) utk redakan lah..naik terutama di kulit kepala yg ketara.


Sopea dlu & skrg. # gambar kanan 22/6/13 # gambar kiri 18/8/13


Lepas tu, kene kat kulit muka..sebelum balik raya Kami bwk dia ke Klinik Pakar Kulit Bangi..Jumpa Doc SockaLingam..doc pebret Sopea..sbb hari2 sebut..hihi

Doc tu suh stopkan krim yg kitorg beli..pakai seme ubat-ubatan dari dia.dr mandian hinggalah ke krim sapuan.ok fine..ubat syrup tahan gatal dia tak dapat bagi.

Balik sebelum raya tu kulit muka dia makin kemerahan.


Gambar sehari sebelum raya


Masa ni dah nampak mata dh start membengkak.ekzima kat tgn kaki bdn makin banyak..tapi kami continue lg ubat dari doc tu..


Hari Raya Pertama - muka kemerahan
Syawal Pertama tu muka dia mkin merah..lebih kerap menggaru sampai luka..Ubat doc bagi tu pon nak abes..nak bawak ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Ang tapi tutup..maklumlah raya kan..mane ade yg bukak.

So hari raya ketiga masih mencari klinik pakar mane yg buka area Kuantan sbb Sopea makin hari makin terok..luka seluruh bdn kepala termasuk 'bunga' dia pon melecet.

Tapi hanya farmasi kat Guardian je buka.so beli ubat anti-alergic dan ubat sapu lain pulak.(steroid)..saranan Doc Farmasi tu..

So makan & sapu ubat baru pula..keadaan masih sama..merah makin menjadi..mata makin membengkak..sbb dia tiap kali mandi confirm akan menangis meraung mcm org kene dera!

Lps tu, Kak Bb try bagi pakai krim dia yg mempunyai fungsi yg sama utk ekzima..krim tu dari Hospital Pakar Ampang Puteri..sehari pakai nampak perubahan..merah berkurangan tapi aktiviti garu masih rancak! Sopea kene makan ubat tahan gatal yg sepatutnya..ubat dr farmasi tak jalan..

So Raya ke-6 dah balik KL..

Mata, pp bengkak

kulit kasar

Luka kat lengan akibat garu

gambar kat atas tu mase baru sampai dari Kuantan..muka makin membengkak..mata pun bengkak..ekzima kat tgn makin merebak..maybe sebab dlm kete dia ade minum air soya..tu terus naik serta merta bengkak..

Hari Rabu saya masih bercuti..nak bawak Sopea ke Hospital Ampang Puteri tp malangnya doc pakar dermatologi tu cuti raya panjang..so nak jumpa the another doc pakar semuanya full schedule..hampa kat situ :(

So, kak bb berusaha cari Klinik Pakar Kulit yg lain..sy suggest bawak Pakar Kanak-Kanak Annur Bangi..rupanya kat Hospital Pakar Annur ade pakar kulit juga..so kak bb set appointment utk jumpa tghari tu juga.




Keadaan Sopea pagi sebelum bwk ke Pakar Annur..dia pon tak berapa aktif..bdn dedor ckit..nak buka mata pon mcm seksa sy tgk..sedih sgt :'(

Bila jumpa Doc tu, mcm2 la doc ckp..ekzima kronik sbb Sopea kene seluruh badan..dia dah infection tu sbb bdn dia lemah..Ekzima dia bertambah teruk sbb dah infection virus dalam darah..kan sy kata kat 'bunga' dia luka melecet..rupanya kuman membiak dari situ utk masuk dlm salur darah dia..MasyaAllah..Doc kata dia derita dalam..sedih sangat ok..rupanya dia derita kat dalam..patutla dah tak hepy sgt.

Doc suh pantang makan..byk benda tak boleh makan..mcm dulu la balik..say no to coklat, susu, telur,seafood,kacang dll..

Doc bagi ubat syrup anti-viral khas utk infection virus yg dia kene tu..ubat thn gatal..ubt antibiotik..sbb telinga dia dh start berair..krim sapu (steroid) berbagai jenis utk redakan kegatalan & radang. dan juga mandian..Tapi sy dah start guna Cetaphil time ni.suggestion dr Kak Bb..


3 hari sapu ubat, mkn ubat keadaan Sopea tak banyak berubah.Rambut terpaksa dipotong bagi memudahkan nak sapu ubat..nak shampoo..nak mandi..kalo rambut pjg dia panas & rimas.

pic taken Jumaat 16/8

Pic taken Ahad 18/8

Kulit jd kering mcm terbakar

Kat lengan tak kurang pon

Luka kemerahan jd itam ckit

Tgk pada keadaan dia cmtu, sy stop ubat sapu doc annur tu bagi..saya continue ubat dr Ampang Puteri..Tapi ubat makan dari annur saya teruskan sbb kene makan selama 5 hari..Ubat makan tu last semalam(selasa)..

Saya sapu dgn krim & lotion Cetaphil..tiap kali lepas mandi & bila nampak nak kering..bila dia start nak menggaru pon saya sapu..luckily mak saya dah duk dgn saya jaga budak berdua tu..legaa sgt..syukur Alhamdulilah dpt meringankan beban saya ckit dlm menjaga anak sakit.terima kasih ma!


Bila saya kat opis smlm duk google blog pasal ekzima dan rawatan dia..terjumpa la blog psl rawatan steroid lg membahayakan & memburukkan keadaan pesakit ekzima..terus what????? insap ok!

saya baca non stop,suh encik suami baca jugak..ok lepas ni dah ade kesedaran psl krim2 yg dibekalkan oleh doc semuanya ade steroid means mmg mujarab utk hilangkan kemerahan akibat ekzima dgn cepat tp mempunyai kesan -ve yg berpanjangan..saya syak Sopea makin worst bila sapu krim y ade steroid tu.

Call Za tanya pendapat dia..n dia pun setuju..ikut kata owner blog tu dia suh try pakai produk MooGoo menas 100% natural..no steroid..and mostly yg pakai MooGoo memang berkesan..Alhamdulilah walaupun bukan serta merta baik tapi penyakit tu makin berkurangan n terus hilang by month..

Saya skrg pakai Cetaphil.dari mandian sampai la ke lotion dia..dalam tempoh percubaan jugak ni.

Apa benda semua saya cuba & nak cuba..shaklee, gamogen healin,minyak kelapa dara, itu ini, klinik ni klinik tu..semua saya buat & nak buat..
Kalau keluar bwk Sopea semua org tengok..ade yg tengok pelik..ade yang terus tanya kami..kenape mcmnie..kenape mcm tu..ubat ni dh try ke..ubat tu lah..kiranya kat rumah kitorg dh mcm farmasi like encik suami ckp kat kawan dia..

Malu?? saya tak malu ada anak penyakit smpai org tgk pelik..org tgk ckp kesian ...yela kan diorg simpati..tp sy sgt sedih tau..mmg dia tak tau & tak paham ape org ckp..tapi saya selaku mak dia sgt2 paham..sapa tak nak anak kulit cantik gebu gebas mcm anak org lain? mestilah saya nak yg terbaik utk dia..hanya yang terbaik..b strong k kakak ! Kita try berubat satu-satu dlu ok..
 We Love u so much! :'(

Pic taken Selasa 20/8

Ok ckit..dah kurang merah


Pic atas tu ambil mlm semalam..lepas sy stop guna krim..sy juz sapu lotion Cetaphil jek..garu tu masih lagi..tp tak kerap sgt..tgn bdn kaki nmpak dah xmerah juz tinggal hitam-hitam cam parut.
Yang penting mata muka dh tak bengkak cm sebelum tu..sedih tgk!

Lepas ni sy nk beli MooGoo punya lotion pula..kiranya 1 starter pack utk budak ekzima..kalau boleh nk lembutkan kulit dia cm dlu..nak pulihkan keradangan kulit..nak membentuk kembali kulit kpd asal..skrg ni mcm kasar sgt..

No No No Steroid dah ok! Janji..

Sepanjang Sopea sakit ni memang menguji kekuatan mental fizikal kami..ade hari kami leh sabar..ade hari kami jd tak sabar..bukan ape nk layan karenah dia..MasyaAllah mengucap panjang tau..saya tau dia sakit..bila mandi menangis meraung menjerit pedih.sapu ubat pun makan masa sejam setiap hari..bayangkan mandi 2x sehari..menangis.meraung.sapu ubat 2xsehari jugak.menangis.meraung.

Tapi kami terpaksa.hati mmg kene kuat..kdg dtg tak sabar saya ade jugakla Sopea kene lepuk..tak boleh control sampai nak sapu ubat pun sgt2 susah..kalo u olls di tempat saya mesti akan tau..sgt stress..mcm dalam artikel atas tu ckp.
Saya kalau boleh taknak menangis dpn dia..terpaksa la lari nangis jauh2..sorok2..supaya dia tak tau saya menangis tgk keadaan dia. saya nk dia igt saya kuat..dan saya nak dia jadi kuat.

Sape tak sedih bila dia minta makan makanan yg dia selalu makan..tapi kami tak boleh bagi..sedih sgt! 
nangisssssssssssssssssssssssssssssss :'(


" Mama nak milo..
eh tak boleh sayang..kan doc xbg..
Kalo milo tak boleh nak roti lah..nak sapu dgn butter peanut..
Tak boleh jgk..kan kacang..doc xbg
hurm, sapu kaya boleh.?
Tak boleh..kan ade telur.
Nak bubur la..isi kicap ckit 
tak boleh jugak.kan soya.
Ala ckit je..satu titis
Xboleh..doc xbg..nanti kakak sakit.
Ha, kakak nak air tea? cicah roti eh.
hurm, oklah..

:'(
Nangisssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss




p/s : tak kuat nak sambung entry ni lagi..sedih..sambil taip sambil nangis



Terima kasih yg tak terhingga juta2 kali kat Kak bb for ur kindness helping us..Ahli keluarga yg byk support us..Kawan2 yg sentiasa prihatin..yg bagi cadangan.yg dtg jenguk Sopea sakit. Juta Juta Juta Juta Juta terima kasih kpd semua..Sopea sayang semuaaaaaaa! muahxxxx




25 comments:

Ana Lyana said...

ok nangis!!!!!!!


ainnnn, serius bergenang air mata. selalu je nampak ain kat cafe, kat jln blkg tu... ain hepi, ain ceria.. tp kat dalam hanya Allah je yg tau..

Ain kuat k... rindu celoteh sopea kat school...

az-ila said...

siannya sophea..sabar byk2 ye ain..jadi ibu ni kena kuat walaupun hati sebenarnya mudah rapuh:(..semoga sophea cpt sembuh ye

~~zaa~~ said...

ain....menitis air mata za baca...sedihhhhh...ain kene kuat k..igt 1 je, cuba untuk pulihkan anak dan besabar...natural product takes time..but worth for our baby...

ibuafiqahhuzaifah said...

salam,

nangis baca n3 ni dik!!!!!!!!
rindu nk jupe sofea lagi..

~~*Lady Salwa*~~ said...

Kesian sofea... Semoga dia cepat sembuh dan semga Ain sekeluarga diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuhi dugaan ni... InsyaAllah...

-Sara- said...

ain, sara sedih baca entry ni tp sara tau ain kuat! sara doakan sofea cepat sembuh dan ain terus tabah :)

Tengku Fauziana said...

kesian sofea...be strong ok ain..
tak apa slow2 cuba ubat...

#same la raya taun ni tak best kan :'(

klynnismail said...

Sabar
Sabar Sabar..
Doa banyak-banyak
dan jangan give up.
Anak saya, saya rendamkan dia mandi dengan baking soda.. saya tengok cepat kering luka dia tu.
Mungkin Ain pun boleh cuba.
Tapi anak saya baby lagi. Satu tab, satu cawan baking soda. Rendam/mandi at least 10 minit. Baru bilas. Cubalah ye.
Anak saya gluten, dairy & egg allergy. Hari² makan beras (nasi) dengan sayur je.
Saya paham part stress tu.. mmg sangat. Tapi budak E kalau stress lagi teruk E dia, jadi mak E kena double control stress.
Nanti joingrup fb Natural Healing for Asthma Allergies Eczema eh. Saya byk dapat support dari situ.

aXieyAnA said...

Salam dear,

Awak try pakai moogoo tu. Anak saya pon eczema , and start try pakai moogoo mmg ok sgt. Dan kene slalu cuci, jemur tilam and bantal die selalu. Harap awak tabah ye. Jgn lupe join group fb for natural healing for eczema. Sangat banyak membantu. No steroid ye.

aXieyAnA said...

Salam dear,

Awak try pakai moogoo tu. Anak saya pon eczema , and start try pakai moogoo mmg ok sgt. Dan kene slalu cuci, jemur tilam and bantal die selalu. Harap awak tabah ye. Jgn lupe join group fb for natural healing for eczema. Sangat banyak membantu. No steroid ye.

Umisofwa said...

moga sofea cepat sembuh, kita senasib , saya juga ada seorang anak yang ekzema..alhamdulillah sekarang ni terkawal..dan memang dah takmau guna steroid lagi dah..saya guna rawatan dengan secara natural saja tidak ada bahan kimia berkaitan steroid. boleh baca di blog saya sini kita sama-sama berjuang untuk anak..moga sembuh cepat ya..http://mamasofwa.blogspot.com/2013/03/ifwat-yang-ekzema.html

goblogbyfarah said...

ish kesiannyaaa... ada satu klinik kulit kat jalan reko. klinik reddy nama dia. try bawak p sana. haritu saya kena ekzema terus baik.

eima said...

sedihnye .. anak aku pun alahan tp tak seteruk ni .. tp sentiasa naik redness ... dr hcort ke bvc ke vozimet masih sama ... tak hilang

Siti Liyana said...

http://liyanasonestop.blogspot.com/2014/05/mealshake-membantu-masalah-ekzema-kanak.html?m=1

Info tentang ekzema dengan produk yang semulajadi dan selamat

Siti Liyana said...

http://liyanasonestop.blogspot.com/2014/05/mealshake-membantu-masalah-ekzema-kanak.html?m=1

Info tentang ekzema dengan produk yang semulajadi dan selamat

Meynaz Mz said...

Penyakit eczema tak boleh dirawat dan dihilangkan sepenuh, ianya hanya boleh dikawal dan dikurangkan kesan kegatalannya. Dia boleh hilang dalam setahun camtu, pastu datang balik. Sy tau sy pesakit eczema sejak lahir. Sekadar perkongsian. :)

Meynaz Mz said...

Salam, sy seorang perempuan berumur 17 tahun. Sy pun menghidap penyakit eczema jugak, sbelum sy baligh memang Allah je la yang tau betapa gatalnya. Waktu kecik2 ya ampun mmg gatal teramat, luka luka, berdarah2 , orang tegur macam2 tu dah biasa dah, kena panas sikit tak boleh, berpeluh pun tak boleh. Memang dahsyat la.
Tapi sekrang alhamdulillah sangat berbeza berbanding dulu. Ada sikit sikit je kesan eczema yg tinggal. Jadi kesimpulannya akak jangan la sedih ye, inshaAllah bila meningkat besar anak akak takkan gatal eczema teruk teruk dah. Ameen, by the way, best dan sebak cerita akak. -MZ-

Jie said...

salam.anak sy dulu ekzema skrg dh takde.pakai ubat berasaskan aloe vera

azreen irmiaty said...

sis jie.. ubat aloe vera tu brand apa? baby saya ekzema di pipi.. abis melarat..

adelia adriana said...

Salam.. sy nak bagi cadangan yg amat berkesan..sbb anak sy pom dlu mmg teruk exzema..klinik pakar dan mcm2 rawatan dah buat tapi hlg skejap dtg balik.. selepas kkak ipar sy suruh try produk tropika satu set.. ade 3item.. minyak kelapa dara for kanak2 la perisa lavender untuk diminum, minyak kelapa dara untuk disapu luaran dan sabun.. mmg sgt mujarad smpai skrg anak sy lnsung dah tak naik gatal2 kulit ke ape ke..kulit dye pom x kering.. smpai skrg sy amal kan yang sapu tu.. sis try cri kat fb page MINYAK TROPIKA..bekas warna purple..

adelia adriana said...

Salam.. sy nak bagi cadangan yg amat berkesan..sbb anak sy pom dlu mmg teruk exzema..klinik pakar dan mcm2 rawatan dah buat tapi hlg skejap dtg balik.. selepas kkak ipar sy suruh try produk tropika satu set.. ade 3item.. minyak kelapa dara for kanak2 la perisa lavender untuk diminum, minyak kelapa dara untuk disapu luaran dan sabun.. mmg sgt mujarad smpai skrg anak sy lnsung dah tak naik gatal2 kulit ke ape ke..kulit dye pom x kering.. smpai skrg sy amal kan yang sapu tu.. sis try cri kat fb page MINYAK TROPIKA..bekas warna purple..

Rodhiyah Shamilah Mat Ariff said...

Menangis baca...sebab anak saya sebijik mcm anak puan..saya faham sgt..meraung bila mandi...berguling2 nak susu milo..etc..klinik pakar kulit md noor (pakar kepada pakar kulit) pun dah pi...mcm2 ubat dah cuba..semua tak jadi...tido mlm tak lena..kadang2 hilang sabar..saya tengking anak..lepas tu saya pulak yg menagis balik..sy stop semua vaksin..skrg saya cuba berubat anak dgn ubat homeopathy (dr suriyakhantum..boleh tgk fb dia)..nampak harapan di situ..

mohamed nazuruddin said...

ASSALAMUALAIKUM SAYA TURUT SEDIH BILA ANAK2 SAKIT KULIT EXZEMA,
ANAK SAYA LELAKI SEJAK LAHIR HINGA SEKARANG DAH BERUMUR 7 TAHUN PUN MASIH ADA SAKIT KULIT EXZEMA DAN SETIAP BULAN JUMPA PAKAR KULIT DI BANGSAR, SBB BANYAK KLINIK PAKAR YANG SAYA BAWA ANAK SAYA DAN TIDAK BERKESAN DAN ALHAMDULILAH SELEPAS SAYA BAWA ANAK SAYA DI PAKAR KULIT (RUBEN SKIN & LASER KILINK ) DAPAT NAMPAK BANYAK PERUBAHAN SEBB DOCTOT TU TAK BG UBAT FARMASI DAN DOCTOR TU BAGI UBAT YANG DI CAMPUR SENDIRI.. MEMANG BERKESAN DAN SAYA CADANG KAN CIK CUBA BAWA ANAK KE SITU INSYALLAH AKAN ADA PERUBAHAN,

INSYALLAH KITA BERDOA DAN MENCUBA UNTUK ADIK KITA NIE DAPAT UBAT YG BERKESAN

zotkers said...

Masyaallah...sy dpt rasekan apa yg puan rase...kesian ank puan... ank sy pon sama ade ekzema... tp peringkat awal.. sbb sy pantang makan n aktiviti die... tp bila da tgl dgn mertua x trpandang kkdg... bila nk mandi n sapu ubat mmg problem...menangis bila nk mandi.. bercinta sy nk uruskan die..smpi hilang sabar... disebabkan kasih n syg kat anak..sy kuatkan semangat.. sy harap sy sekuat puan tuk hadapi masa akan dtg.. blh sy tahu perkembangan anak puan skrg..supaya sy leh follow treatment ..

Unknown said...

Assalamualaikum....kebanyakan produk bgntg kpd keserasian pesakit. Jika serasi, Alhamdulillah.... sy jg ada ank exzima dr lahir. Hampir berbulan2 sy tak tidur malam sbb ank menangis. Hanya muka shj yg elok, yg lain, Allah shj yg tahu. Bau hanyir jgn nak ckp lah. Mcm2 hosp, klinik n produk cuba tp mmg tak jumpa yg serasi. Satu hari sy nekad untuk guna ROYAL JELLY keluaran AMWAY... wpun masa tu ank sy baby lg. Usia lebih kurang 7 atau 8 bln. Seminggu bg Royal Jelly, sy tgk exzima ank sy bertambah teruk. Sy nekad nak berhenti bagi. Pengasuh anak sy menyuruh sy bersabar, mungkin kesan mkn Royal Jelly, mengeluarkan gatal2 tersebut. Memang benar.... Alhamdulillah sgt2.... masuk minggu keempat n seterusnya, semua exzima pulih. Sy beri hampir dua kotak dan setelah sihat, sy tak bagi lg. Alhamdulillah.... semenjak hari itu kulit anak sy spt kulit ank2 kecil yg lain. Sekarang anak sy telah besar dan berusia 15 tahun. Kulitnya halus dan lembut... mmg sy tak sangka ank yg berbau hanyir semasa baby dulu berkulit spt ini.... BANYAKKAN BERSABAR DAN BERUSAHA MENCARI PRODUK YANG SESUAI.... IN SHAA ALLAH, SEMUANYA DENGAN IZIN DIA YANG SATU.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails