I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Monday, October 7, 2013

Vietnam Trip - Day 1




Hai wokwok!

Tahun ni we olls ke Vietnam..
Kali ni pergi trip Geng Ofis Encik Suami..Biasa trip family diorg jalan-jalan dalam Negara tapi utk tahun ni plan ke luar Negara pulak..
Booking tiket semua dah siap awal-awal lagi..Kalau tak silap masa saya masih dlm pantang bersalin..

Plan awal memang nak bawak Sopea bersama & adik tinggal memandangkan dia masih kecik.*plan masa nk book tiketla *

Tapi tup tup keadaan kesihatan Sopea yg tidak baik menyebabkan terpaksa tinggal dia bersama fmly in-law kat KTN..ekzima dia on-off & kami pikir tempat yg kami pergi tu susah nk makan..maklumlah, makanan Sopea adalah sgt terhad..tak boleh ayam.tak boleh daging..tak boleh telur..tak boleh sembarang ikan..tak boleh roti..tak boleh jajan..tak boleh milo..tak boleh susu..see banyak sbrnya yg tak boleh..

Memandangkan tempat org pulak, sedangkan kat rumah pon dia makan pantang kan..hurmmmm pk panjangggg..Lagipon cuaca panas..habuk..mesti dia tak selesa..

So decide seminggu sebelum kami pergi tu utk tinggal budak bedua di KTN..burn semua tiket dia

Takpe lah kan, utk kebaikan dia jugak..Next time kakak dah sihat kita jalan lagi yek..kita naik kapal terbang lg okey! :)

So, bedua je la we olls..pergi dgn berat hati..:(

*

*

*

Moh kita baca travelog Vietnam pulaks =)


HO CHI MINH- VIETNAM ( 15/9/2013 - 18/9/2013 )




# dalam flight - Muka ceria..dalam hati sape yang tahu 
Flight kami hari tu jam 7 pagi..so jam 3.30 pagi dah terkocoh-kocoh ke LCCT..sebab kami tak check-in lagi..Nak check-in web tak boleh sebab ada ibu mengandung & infant..
3 pasangan lain dah siap check-in web awal-awal..



# LCCT - geng ladies tunggu q nak check-in bag
1 jam 50 minit perjalanan yek..Masa kat Vietnam pun lewat sejam dari Malaysia..Smpai kat airport diorg jam lbh kurang 9 pagi.awal lg tuuuuuu..
* sory gambo kat airport diorg takde *

Nak check-in hotel kul 2 petang..Tapi kitorg terus juga ke hotel yg dah ditempah dari Malaysia lagi..
Dari airport terus ke MIFUKI HOTEL..nama pelik kan? haha


Sampai sana minta dgn pihak hotel utk bg 1 bilik dulu utk kami simpan lugage masing-masing..Ye la kan, tak kan nak berjalan dgn beg semua..lepas tu nk segarkan badan sikit..dengan saya lagi nak pump susu..dah bengkak kotttt! hehe

Luckily diorg bagi..legaaaa..so semua sumbat dalam 1 bilik tu..hahaha
Masing-masing makan bekalan dari Malaysia..roti, biskut dll..kongsi-kongsi..Lapo kot..last makan kat McD LCCT kul 4 pg..
Memang dah plan each family kene bawak bekal makanan dr Mesia..mcm saya bawak maggi, roti, kaya, milo3in1..gula..hahaha

* tips utk sape nak g Vietnam *
Silalah bawak bekal makanan dari Malaysia okey! cth : maggi,roti,milo3in1 or ape2 je la yg sng nk bwk g travel
kenape? nanti sy bgtau reason dia ;)

Dah setel semua, marilah kita berjalan-jalan dlu sementara tunggu bilik yg lain ready!



Sesi tukar duit Vietnam Dong

* 1 lg tips *
Better tukar duit RM ke USD dlu kat Malaysia, & then bila dah sampai Ho Chi Minh tu baru tukar Vietnam Dong..
Sebab - USD kat sana lg tinggi diorg beli berbanding RM - untung kita kat situ tau


Sesi pengiraan..masing2 blur lg

Masa ni jam 11 pagi baru..tapi rasa macam dah lewat tghari..lapar lain macam!
Dah siap semua tukar duit, we olls cari tempat makan..

Tempat femes kalo Malaysians dtg sini






Pada saya yg 1st time datang sini, memang susah nak cari tempat makan halal yek..berbanding masa kat Bandung dlu..hehehe
Maklumlah negara bkn majoriti Islam sepenuhnya kan..
Tempat makan pun mahal jugak harga kalau nak dibandingkan dgn duit RM kita..huhu
tu reasons dia kene bawak bekal dr Mesia..maklumlah mmg hotel ade sedia bfast..tapi lalu ke nak makan? halal ke? erkkkk..:)
Pastu makanan halal kat sane mahal sikit dr makanan biasa..susah dpt kan..
Standard la kot mana-mana tempat asing, restoran halal memang mahal..melainkan mcm we olls, makan maggi je 4 ari tu..hahahaha
at least kalau kita bawak bekal leh la jimat sikit..bfast kat dlm bilik je..boleh spend more money for shopping! Gituuu..=)



# HALAL@Saigon 


Another Geng 
Another geng lagi




Tunggu makanan sampai




Main dgn anak org..kata 'bujang' kan? hehe

Review kedai dia:
Deco cantik2..Kebanyakan letak gambar owner masa dia awal2 dlu kat Vietnam ni
Very classic!
Rupanya kedai dia kecik jek..shop lot je org panggil..
Ingat besarrrrr cm kebanyakan restoran kat Mesia ni..:)
ramai Malaysians makan kat sini time we olls ada tu
Menu banyak jenis..Malaysian Style pun ada..Vietnamese Style pun ada..

Ok! our food dah sampai!


Nasi Goreng Ayam - for me!

Mee Goreng Mamak - for encik suami!
 Hahahahaahahaha (gelak dulu)

Imagine that food berapa price dia??

Dalam Vietnam Dong (VND) saya tak ingat..Tapi dalam RM saya ingat

Nasi Goreng Ayam - RM29
Mee Goreng Mamak - RM19

Ayooooooooo! boleh tahan kan? utk makanan mcm ni mcm tak berbaloi kalau makan kt Malaysia ni..
Ni dah type-type makan kat hotel harga dia! hehehe
Sib baik dapat free air tea bunga dr diorg..:)

Tapi kan rasa dia not bad! sedappppp jugak !ke sedap sgt...
Takpelah, duit VND banyak lagi..1st day katakan! hahahaa
Pengalaman ni :)

Lepas masing-masing dah fully recharged, moh la kita berjalan-jalan..
Ambil 2 buah taxi utk ke Saigon Mall 1..
Muat 6 family


1 pandangan menarek perhatian saya bila tgk wayar diorg..mak aiiii! 
Berselirat bagai..kagum! :P


tgk atas pale..OMG

 Tapi ada cerita di sebalik nak ke Saigon Mall 1 ni..ke hulur ke hilir cari taxi yg sepatutnya..Mostly driver taxi diorg tak berapa fasih berbahasa Inggeris..mmg betul2 broken dah kitorg guna pun still diorg xpaham..
Kita ckp English, diaorg ckp Vietnam..masing-masing tak paham..last-last kitorg cakap bahasa melayu..lagilah tak paham! ahahaha...pening wok!

Padahal nak ke Saigon Mall je pon..diorg tak tau..sib baik ade jugakla org kedai tlg translate..Sampai jugakla kami..
Taxi diorg pakai meter tau..so senangla kita nk tau berapa kene cas..
tapi geng yg naik taxi lain tu mesti kene tipu jugak..katanya tips! hahahaha
Diorg memang kan..asal sng je nak duit lebih tau!

* Tips lagi *
Hati-hati dgn driver taxi..byr ikut berapa jumlah yg tertera kat meter diorg je tau!
kalau nk naik taxi tu sila pilih taxi yg ada meter! nanti sia-sia kene tipu!

Kitorg dah kena, masa dr airport nak ke Hotel..boleh pulak driver tu cakap tak tau mane MIFUKI HOTEL..
Dia boleh berhenti dekat BenThan Market suh kitorg tambah duit kalau nak dia hantar depan hotel..
Bila tgk rupanya dekat je BenThan tu dgn hotel kitorg..saja dia je bwk pusing jauh!
Memang dia hantar kitorg dpan hotel, tp kitorg tak bagi pun duit lebih..sbb kami dah bagi tokey dia ms kat airport lagi duit yg sepatutnya dia cas..
hoiiihhh nak tipu latewwww!!
*Tapi kitorg mula2 muka cuak bila wat bodo je, tp nik dah ajar xyah layan *

Okey, Saigon Mall tu macam pasaraya la kalo kat Mesia ni..hurm macam Sungai Wang..hehe

Kebanyakan banyak jual baju-baju budak/beby..
Murah-murah u ollssss! 
Cakap je nak legging/gaun/tshirt/jeans pelbagai jenama terkenal..semua ada
Harga murahla berbanding kat Mesia kan..

So, moh la kita borong 2 plastik baju anak-anak!
*baru 2 plastik jeeeee* :P


Depan Saigon Mall 1

Tunggu geng lain yg tak siap shopping lg

Masa ni semua dah penat sgt2..dah flat..saya dengan tak sedap badannya..bengkak susu..tak sabar nak balik hotel!

Lepas dah cukup korum we olls pun gerak balik ke hotel..rehat & segarkan badan.sebab malam aktiviti akan bersambung lg di Night Market pulak :)



MIFUKI INN HOTEL # tempat we olls menginap
Ok, tgk pada jam kt dlm pic atas tu menunjukkan pukul 9.15 malam..Kalau kat Malaysia dah 10 malam..
Time to turun ke Night Market di Benthan Market..
1st night ushar-ushar dlu ape yg menarek..supaya boleh buat kira-kira nanti ;)


Sementara tunggu geng lain turun
Muka saya penat..hehe..maklumlah encik suami sedap tido berkeroh-keroh, saya sibuk pam susu..bila bengkak dah takde barulah lega nk jalan.baring.kalau tak oiiiiii sakitnyaaaa!dapat rehat sekejap je..tido adalah setengah jam..

Sebelum gerak beramai-ramai moh la kita snap 2,3 keping dlu! :)




#Take 1


#take 2

#Take 3



Rupa Night Market


Depan Hotel # baru balik shopping 

Hasil shopping 1st night @ Night Market
Diorg borong beg 360 hok besar punyaaaaa..murah..tak silap RM150..
Saya tak aim benda ni..pinjam beg org sudahh..jimat..hehe


Pengalaman saya di Night Market ni : * lain org lain pengalaman tau *


Not bad la..banyak jugak barang dia jual..mostly baju/tshirt/bju kurung ready made (2 kedai je jual)/cenderahati

Suasana mcm kat Downtown tu kalo kat Mesia
Harga yg diorg bagi mmg macam crazy! hahahaha..
bygkan selendang sepatutnya leh jual RM10 je tp diorg letak sampai RM30..crazy!
tapi tawar RM10 dapat pulak..hahahaha
Kene pandai main harga kat sini..kalau diorg letak harga tu, kalau boleh kita terus tawar separuh/or lebih dr yg dia bg..
CTH : Dia kata tshirt tu harga RM30
Kita kata nak RM10 jek..kasi mati terus harga RM10 tu tau!
nanti kene lah maki dgn dia..dia ckp crazy! tak pon mafia!;p
Tapi bila kita nak pergi tu, dia boleh panggil balik..n then bg kita RM10..
see?? kene pndai tawar okey!

Satu lagi kebanyakan jual beli kat Night Market ni pakai RM tau..Sebab kalo beli dgn duit RM lg murah & untung dari VND/USD..tak tau kenapa diorg mcm tu..

* Tips *
Kene spare banyak RM kat sini..baru untunglaaaaaaaaaaaa :P

Eh mostly penjual diorg fasih berbahasa Melayu tau..maybe ramai Malaysians je kat sini kot..hihi

Tapi kalau mengumpat kita terus ckp Vietnam..cung cang cung cang..hahahaha
Marah latewwww mtk discount lebih! ;)

Sikit pengalaman utk 1st night..Esok-esok leh repeat lagi..

Maklumlah hotel dekat dgn Benthan/Night Market..sonang jek! xcukup beli p lah trun jalan kaki.:)

Malam tu beli buah fresh buat bekalan makan kt bilik hotel..

Dan dinner makan maggi kongsi dgn encik suami..dah kene mahal kan lunch td..hihihi



Dlm lif yg sempit amat ;P




* to be continued *

C u olls di Day 2!!  ;)




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails