I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Wednesday, November 27, 2013

Wajah Kita Mirip Siapa ?





" Allah Taala tidak mencipta wajah aku persis ummi dan ayah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin, aku nampak ummi dan ayah.. Lalu tidak kira kemana sahaja aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa ummi dan ayah bersama."

" Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu bapa, kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada, dan Allah tahu kita rindu, kita perlu lihat wajah mereka."




Sopea & Zara


Harta dunia akhirat






throwback # 2011 # ma + dakcik # copypaste face








p/s : 'kata-kata' kredit to this blog..i just love it!






Monday, November 18, 2013

Resepi Puding Triffle




Hai wok!

Jangan nak monday blues sgt lah, marilah kita tgk gambar makanan ok? hihi


Kali ni nak share Resepi Puding Triffle pulok ;)
Jom tgk resepi dari dakcik!


Puding Triffle Yg Simple by dakcik



Bahan-Bahan utama :



1 kotak cristal jely - brand Nona (tapi perasa strawberry lg best)
1 tin susu cair
Tepung Custard
1 tin fruit cocktail / buah pic /strawberry/anggur 
Kek swiss roll

Langkah 1:( Penyediaan lapisan kek bawah )




 Potong kek swiss roll ni..ketebalan ikut suka u olls la..suka tebal potong tebal mcm saya ;)
* hari tu saya guna 2 kek swiss roll sbb nak susun selang seli..sbb dpt rase byk perisa kek *




Lepas dah potong susun kek dalam mangkuk mcm gambar atas tu..tak pun ikut kreativiti masing2..
* pakai mangkuk kaca 4 segi comey sikit..*




Lepas tu make sure segala lubang yg ade diantara kek2 yg dh disusun td ditutupkan dengan cebisan kek jugak..then kita perlu lenyekkan/mampatkan kek tadi supaya tiada ruangan kosong


Langkah 2 : ( Penyediaan custard)



Bancuhkan 3 sudu besar tepung custard ke dalam periuk



Tuangkan susu cair ke dalam tepung tadi..kacau sebati & curahkan air (sukat ikut 1 tin susu td) ke dalam bancuhan td



Ok..dah sebati..means dh tiada ketulan kecik2..pastikan betul2 yek..nanti custard masak tak cantik.
* ok, warna kuning yg teramat tu adalah dr tepung custard jenama Gemini..mmg warna dia menyelah wok! *
sabo je lah!




Dah sebati masak atas dapur api yang sederhana..kacau.



Lepas tu, curah gula 1 senduk (jgn byk sgt nti manis)



Nak lagi sedap curah sikit susu Dutch Lady Full Cream ke dalam bancuhan tadi..Make sure lepas dah isi semua ni kacau tanpa henti..sbb nanti adunan ni makin lame makin pekat.



 Bila adunan menjadi likat mcm dlm gambar atas tu & nampak buih2 kecil meletup-letup comel tu terus tutupkan api..Jgn biar lame nanti adunan jd keras.



Lepas tu tuangkan bancuhan custard ke atas kek yg telah disusun tadi.



Ratakan bancuhan mcm dalam gambar tu..
* eh kuningnya custard i * ;P




Lepas tu hiaskan dgn buah-buahan..ikut suka u olls okey..
* Note : tekan sikit buah2 ms isi tu sbb nanti tak nak bg floating bila curah jelly *

Langkah 3 : (Penyediaan Jelly)



Sukat air sebanyak 400ml air
* sy pinjam pakai botol susu Zara sbb kat umah takde penyukat air yek wok *
hahaha



gini gaya org xde bekas penyukat air..hahaha maluwwwww je! :P




1 paket jelly crystall dibancuh dgn air yg disukat tadi



Masakkan bancuhan jelly ni atas dapur..Kacau sebati sampai gula dia hancur.Bila jelly dh larut tutup api & boleh tuang atas puding td



Tuang jelly sampai menutupi puding & buah sepenuhnya



 Hasil selepas curah jelly

Ok, ni sbg tambahan jek dr saya sendiri..huhu..try & error org kate..
Terpulang pd u olls nak try atau tak ;)

Nak bagi triffle kita bertingkek-tingkek, sila ulang proses dari Langkah 2 tadi..iaitu tambahkan custard sekali lg atas curahan jelly.
Mcm ni ,

bancuhan custard dia atas
 * Eh nak curah jelly lg sekali pun boleh atas ni..just ulang step dia okey *

Lepas tu, atas bancuhan custard tadi saya nak tambah isi whipped cream..

Pukul whipped cream sampai kental mcm ni

Whipped cream yg dh siap pukul jd kental


Lepas tu masukkan dalam piping bag utk memudahkan hiasan




Hias ikut kreativiti masing-masing yek..Ni hasil tangan org tak berapa nak seni..hehehe


Hasil dah siap hias guna whipped cream



Tambah buah di atas cream itu tadi


Susun pun ikut suka okey..janji cntek ;)


Tekan sikit buah2 tu, supaya dia melekat ke dalam..tak terapung




Oleh kerana whipped cream byk lebih , so better penuhkan saje di atas puding tu..tak membazir kan :)

Dan 




 Hasilnya !!



Triffle ku :)

Selamat Mencuba!

Resepi  yg simple dari dakcik..eceh! ;)


eh pic bwh ni , masa 1st trial buat puding Triffle..



Rupa setelah dipotong


suka dgn hasil colourful dia..;)

eh, ok bai wok!






Friday, November 15, 2013

Sopea VS Zara VS Neelofa.. eh?





Salam Jumaat!


* dakcik love fridays! * ceh kemain nk tiru ayat kartun bistrips sgt..;P

Semalam sementara tunggu encik suami ambik balik keje setelah sukan PSKK nya tamat, eh kemain tu nak explain..haha
* tahniah team bola sepak JPPH dpt gangsa! Treasury dpt perak! & BSN juara 3 thn berturut-turut! *


Saya godek2 folder picture lame..maka tertengoklah folder zaman Kakak Sopea umur dari 0-12 bulan..
Syok betul tgk picture lame-lame , nak pulak picture masa kecik tu..mcm comel je..mcm cute je..eh? haha

Lepas tu tgk pulak folder baru..folder picture zaman adik Zara pulak..dari 0-10 bulan..
Wah masa tu baru leh tgk perbezaan & persamaan anak pertama dan kedua..
Bukan nak bandingkan mereka tp juz utk suka-suka jek..yg ni muka mcm ni..yg tu muka cmtu..hehe

Maka, buatlah 1 pic collage tempek muka budak berdua tu ..Kakak Sopea throwback (10 months old) and Zara wajah sekarang..eceh!

Letak kat FB.dgn caption 'Sopea VS Zara @ 10 months old..spot persamaan & perbezaan'..

Berderu org komeng wok! ok fine tipu je tu..;P
Ade la jugak kwn2, fmly yg komeng..

Mostly seme cakap 

Persamaan : Baju pink..rambut secoet..gegirl (opkos la yg tu kan..hihi)
Perbezaan : sorg muka mama (Sopea)..sorg lg muka ayah (Zara)..
sorg kuat ketawa..sorg lg xde perasaan..hahaha

u olls tgk eh, ade betul jgk ape yg diorg komeng tu kan? hihi




Sopea VS Zara

cane? komeng?? ;)

 tapi kan kalau ditenung lame-lame, muka diorg ade persamaan la jgk sikit..
eh saya lah tu yg tenung lame-lame..hahaha 
nak kate semua ikot muka mama latewwww kan? ;)

Tapi ade 1 komeng buat sy terperasan ke terperasaan je lbh..hahaha ,


'Mama dia gemok zaman sofea, zaman zara kuruh mcm neelopa'




erkkkkkk!! masalahnya neelopa kewwwwwwwww??? 
*pitam*



eh, ok bai wok!

p/s : eh, eh jgn muntoh  tau..tahan dlu! hahaahahaha










Wednesday, November 13, 2013

Wordless Wednesday !






I love baking ..explore..deco!!




Mini Pavlova

Cupcakes Chocolate

Triffle

Triffle

Pavlova classic

Puding Roti Coklat Chips

 
1st order mini pavlova dr kawan2..thanx sudi tempah! =)



 Rase mcm 1 kepuasan bila tgk hasil yg dicuba menjadik! 


eh, ni minat saya dari kecik! 
dulu-dulu buat kek guna plastisin..=)






p/s : nanti up dgn resepi triffle pulok ;)





Tuesday, November 12, 2013

Resepi Puding Roti Coklat Chips Simple!




Hai wok!

Sekarang tgh dlm mood membaking..huhu
Macam2 resepi saya cuba..Salah satunya Puding Roti Coklat
1st time buat puding roti ni..
Memang teringin sgt nak makan since jaman peknen lagik..


Jom tgk resepi yg mudah & simple !!




Puding Roti Coklat Chips Yg Simple by dakcik



Bahan2 A :

Roti butterscoth 1 bungkus ( nak guna roti biasa pun boleh..tp butterscoth lg sdp!)
800 ml susu segar @  susu penuh krim (susu Dutchlady Full Cream)
Coklat chips/kismis ikut byk mana u olls suka


Langkah Pertama :


** Panaskan oven pada suhu 180 celsius terlebih dahulu.. api oven atas bawah..





Koyakkan roti dan masukkan dalam loyang yg telah di griss dgn butter terlebih dahulu.. saya potong bentuk 3 segi je sbb cntek sikit bila bakar nti





Lepas tu, taburkan coklat chips yg u olls suka.. saya tabur kat dalam roti sekali.. sape2 suka kismis boleh isi jugak..



Lepas tu tuang la susu..sambil tekan2 roti tu bg meresap susu ke dalam roti.. saya main tuang je susu  tu, malas nak sukat2.. hehehe..asalkan roti tu dah terendam dgn susu



Hasil rendaman..  biarkan jap.. meh kita sediakan bahan B..
(eh sy tmbh 3 kpg roti gardenia biasa yg telah disapu butter kat atas.sbb nk bg lg byk..hihi)

Bahan B


1 penutup esen vanila
3 sudu besar marjerin/butter - cairkan dulu 
2 biji telor ayam
3 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas = jadikan pes
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula kastor 


Langkah kedua :




Masukkan semua bahan B dalam bowl ..kacau guna whisker sampai sebati..




Rupa dah sebati




Lepas tu tuang je ke dalam loyang berisi roti tadi..



Bakar selama 40-45 minit ye.. 


Dah siap bakar biarkan seketika dlm oven..dalam 5 minit gitu..



 Hasil selepas di bakar.. bukan hangus ye itam2 tu..tu coklat yg sy tuangkan tadi..


 Dan hasil yang telah dipotong






 Curahkan sos kastard utk penambah perasa..(Bahan C)



BAHAN C
  1 tin susu cair
     2 sudu makan tepung kastard
    2 sudu makan gula biasa

Cara-cara :

Masukkan susu cair, tepung kastard dan gula ke dalam periuk. .Gaul rata2 sampai tiada lagi ketul-ketul kecik..Lepas tu masak atas dapur dgn api yg sederhana...Kalau nak sedap lagi saya tambahkan sikit susu Dutchlady Full Cream (Lebihan tuang ats roti td).Kacau sampai jadi likat sikit (agak berat) dan tutup api.

Kakak pun suka puding roti ni!


Selamat mencuba!

Note: Nak lagi sedap makan bila puding tu sejuk..kuah plak simpan dlm freezer..nak makan bru tuang..perghhh! mmg sedap tak terkata wok!









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails