I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Friday, July 25, 2014

Menu berbuka & Salam Aidilfitri !





Salam Jumaat & Salam Ramadhan ke-27


Saya masih bekerja today..ramai yg dah balik ke kampung ke? 
Lengang jln raya pagi ni..pg td hantar kakak ke sekolah pun cikgu masih belum datang..hari ni kiranya hari last bekerja..lepas tu cuti panjang..seronoknyaaa..=)

Bulan puasa tahun ni rekod sbb banyak menu baru saya try..yang dulu kalau tak pernah masak so kali ni marilah kite try & error k! kalau tak sedap sila lah makan juga..hahaha

Jom, tgk serba sedikit menu juadah berbuka yg saya sediakan utk family..
simple & sonang punya menu!

Moh kita,
Dari dapur dakcik!



# sambal sotong #resepidari blogger kak elly

Ni menu wajib dan paling favorite kami sefamily especially encik suami, dan menjadi igauan geng bff sy ;)

Ayam berlada

Saya kongsi sikit resepi dia, 
Ni je bahan asas yang diperlukan

Bwg merah
Bwg putih
Lada kecik
Lada besar
Asam keping (option)
Belacan (option)




Dan tumbuk kesemua bahan tu..tips, jgn tumbuk lumat sangat..tumbuk ala-ala je..mcm kat gambar atas tu..
lepas tu tumis bahan yg telah ditumbuk sehingga garing sikit..dan masuk ayam gaul2 bg sebati dan siap! senang kan? tapi leceh sikit bila part menumbuk tu je..haha

Dan hasilnya !

#ayam berlada #resepidari bondamertua

#kentang telur



#Sambal paru goreng #first time buat



#tomyam ayam



#ayam masak tomato

#pulut kelapa #tak lengkap takde ikan masin
First time tanak pulut..call mak tanya mcmane..hihi..
Mula-mula tanak atas api dapur..tapi tak pandai bajet jd hangus sikit..
So kali kedua nk make it better, google cara-cara tanak pulut guna rice cooker..
Dan hasilnya!

Lagi terbaek dari tanak atas api dapur..lembut dan yg penting tak hangus dan tak berkerak!
yeayyy! menjadi !


#pulut tanak


Okey, ni jugak first time buat..puding karamel!
Saya kalau bulan puasa, ni lah kuih wajib beli! Kat bazar ramadhan Putrajaya ni ada satu kedai tu mmg kedai pebret kami..tetiap hari mesti beli..RM2 per slice..memang sedap sgt2 dia buat..tetiap tahun kalau ke bazar putrajaya mmg konpem akan cari tapak kedai dia dulu sampai jumpa! hihi

Oleh kerana nak memenuhi hajat yg mmg hari2 nak makan puding ni, ape kate saya try buat..nak tgk hasil dia same tak dgn yg saya suka tu..minta resepi dari azie dan jugak google resepi..

Dan ini hasilnya!

Puding karamel bengkak sana sini wokkkk!!


#puding karamel

hahahaha..huduh betul rupa puding saya kan...encik suami gelak je..dia panggil puding bengkak kena jerawat! haha

Lepas tu yg paling tak tahan manissss ya ampunnnnn! padahal pakai separuh je tin susu..cuma saya tukar susu pekat manis..bkn susu cair..sbb susu cair takde simpan kat rumah...hahaha..kate azie itu penyebab kenapa manis leting! ;P

Oklah, not bad ha? practise make perfect org kate!
*ayat sedap hati *

#after potong #rupa dalaman pun tak cantik

Lepas tu, saya teringin nak makan mee rebus terengganu..
request resepi dari azie..sbb suami dia mmg teror gila masak mee rebus ganu ni..
Dah hujung2 Ramadhan ni mmg kurang selera sikit makan nasi..lagipun macam dah habes menu nak masak ape..hahaha
So marilah kita try menu berbeza pulak
Uplod pic ni kat IG dan FB, ade yg pm minta resepi..so mohla kita share ye!
sharing is caring right? ;)



#mee rebus ganu #resepi dari papa sang goku

Resepi Mee Rebus Ganu :

5 ulas bawang merah hiris
2 ulas bawang putih cincang
1 sudu setengah lada hitam tumbuk
3 biji telur (nak makan 3 org)
Mee kuning
Sawi
Ayam/daging/udang/sotong/fishbol (option pilihan masing2)
Garam
Sup bunjut

Cara2 :

1. Tumis bawang dan lada hitam sampai naik bau..Kalau taknak pedas sangat isi sikit je lada hitam tumbuk tu..
2. Masukkan ayam/daging/sotong sampai masak
3. Masukkan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. masuk garam dan sup bunjut
5. Dah gelegak masuk mee..sawi dan fishbol
6.Hujung dah nak siap tu pecahkan telur dan tunggu sehingga masak
Siap!

Selamat mencuba wok!
Sedap wokkkkk!

Okey, sepanjang saya memasak bulan puasa ni, kadang-kadang menguji kekuatan mental & fizikal tau..betul2 kena sabar! hahaha
Tgkla pembantu saya buat ape bila saya tgh sibuk masak!


#Zara #memasak jugak katenya
Adoilah...kita kemas dia punggah balik..kita kemas dia punggah! sudahnya biar je lah..lepas habes masak saya kena kemas semula..dah la penat bekejaran nak masak td, lepas tu masak pun ngam2 je dgn waktu nk berbuka..kena kemas lagi..fuhhhh! sabarrrrrrrrrrrrrrrrrr mama..sabarrrrrrrr mama..besar ganjaran isteri/ibu memasak utk anak2 dan suami...:)

Tapi bila tgk hasil dari air tangan kita, penat lelah kita, peluh ketiak kita, bila tgk anak2 & suami makan dengan seleranya..
Alhamdulilah...saya happy!
mungkin lah sedap kan? hahaha






Zara in action masa makan mee rebus ganu..abes semangkuk wokkk!
Happy tummy! happy mama!



Alhamdulilah, inilah yang akan dirindui pada masa bulan Ramadhan..
rushing2 balik dari ofis, sampai rumah rushing2 nak masak..lepas tu semua duduk semeja nak makan sama-sama..quality time with family!

Ramadhan pun akan berlalu pergi beberapa hari lagi..Semoga kita semua mendapat manfaat di dalam bulan yang mulia ini..Dan semoga kita ketemu Ramadhan yang akan datang..InsyaAllah..


ok, bai wok!

eh, nak bagi pantun jap

Saya rasa sangat gembira,
Namun sedih juga terasa,
Datangnya Hari Raya,
Tinggalnya bulan Puasa..


Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari, 
Salah dan silap harap maafkan..


Lembu cuit buaya
Buaya baling tin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin..

Baju Raya berwarna-warni,
Pelbagai warna dan citarasa,
Disini akhirnya pantun ini,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya!!



Balik kampung hati-hati ye wok! ramai org tersayang menanti kepulangan kita! Semoga kepulangan kita dirai bukan ditangisi..please drive carefully & behaved di jalan raya! same to me! ;)

Kami sefamily balik Kuantan wokkk!!
Sbb kami dua-dua org Pahangg!! * jgn jeles * =)


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga!!! 



ok, bai wok!
Semoga selamat balik dan selamat kembali! aminnnn



p/s : opis hari ni dapat halfday! TQ KSP! yeayyyyyyy! :)





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails