I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Wednesday, September 24, 2014

Berpiknik di Air Terjun Ulu Yam





Hai wok!

Cuti Hari Malaysia minggu lepas, we olls plan nak berpiknik..set up dengan kawan2 encik suami..last minute plan katenya..

Pagi2 bangun encik suami goreng keropok..tu je yg sempat buat..haha..kawan2 lain bawak makanan spegeti, nasi goreng, kuih2 air semua..Jadilah kan last minute sangat.

We olls smpai di Air Terjun dalam jam 11 pagi cmtu..Masih awal sbb masih tak ramai orang..
First time ke sini..we olls ikut orang je..katenya tempat yg nak lepak utk mandi ni kiranya air terjun stage 3..tengah-tengah..Kalau nak adventure kena naik stage atas lagi..Tp memandangkan bawak budak-budak kan..kita ambil yg tengah je sudah..
Tu pun air dah macam air batu sejuknya!

Smpai tu disambut dengan tangga yg tinggi dan banyak jugak utk sampai ke port air terjun..hati2 masa nak turun sbb tangga tu licin..siap kena cross jambatan gantung lagi utk sampai port mandi..hehe..adventure pulak rasenya dengan bwk budak-budak kecik..
kiranya macam mini jungle treking! hahaha nak jugakkkkk
*sorry, pic naik jambatan takde ye..saya gayat..kang tak pasal2 nset jatuh dalam air,cane? haha *


Smpai kat port tgk org lain dah berendam bagai..ade satu fmily tu siap buat ayam bbq lagi..hehehe..cmne lah dia bawak perkakas tu semua turun tangga yek..kitorg yg brg sikit pun terhuyung hayang cross jambatan..haha

Semua makan dlu siap2 lepas tu aktiviti mandi!






Masuk air ya ampunnnnn sejuk mcm air batu !! we olls berendam lama siap boleh mulut keluar asap! macam duk negara omputih katenya! hahaha
Bayangkan betapa sejuknya air dia walaupun masa tu dah tengah hari..
Tapi yang peliknya Zara rilek jee..siap tak nak naik wok! walaupun bibir dah gigil-gigil!
Sibuk kalau ade kat atas kejap, tunjuk 'air..air..mandi..air..'

Lepas berendam tu, naik atas kejap sambung makan round kedua! hahaha..makan je lah kejenya



Dah siap berendam round ketiga sbb tak larat dah berendam lama2 akibat kesejukan melampau so moh la kita packing utk balik!

Selpie dulu sebelum gerak balik!
Eh, lupa nk bgtau line telefon takde ye dalam hutan ni..naik atas baru ok..







Okey, dah siap packing semua we olls pun gerak balik naik atas..Masa datang tadi rasanya barang takdelah seberat masa balik..haha..oo bawak bju basah agaknya..Encik suami memang dukung Zara masa naik tangga tu..saya tukang bawak barang dan beg..Sopea ikut anty T..
Ni paling hazab sekali sebab kena naik tangga yg tinggi dan banyak dan dengan membawa barang2 berat kat tangan dan bahu..
Berapa kali pit stop msa kat tangga tu..adoi tak tahan wok! terasa habes peha betis semua..siap berpeluh-peluh macam org berlari 1 round stadium tu! berhenti tarik napas lepas tu sambung naik lepas tu berhenti tak larat terus terduduk sekejap walaupun berapa mata anak tangga je lagi nak sampai! haahahaaha
Nampak tak kat situ..faktor usia! kahkahkah

Lepas ni nak piknik kena cari yg senang..parking terus je nampak air terjun ye!

Masa odw turun balik tu, berhenti kejap kat area sungai tempat orang memancing..Berhenti semata nak selpie! hahaha..
Eh kenangan sebenarnya ni..tanda dah pergi air terjun ulu yam..walaupun lepas ni tak nak pergi dah..hahaha














Lepas tu terus menuju ke The Curve dan IKEA..Sebab diorg nak makan meatballs pulak kat sana..makan lagi?? pasrah walaupun tengok diri sendiri dah gems balik..+ ____ +

Sebelum sampai The Curve ada kejadian buruk berlaku tapi malas pulak naik taip..Sebab konpem panjang berjela nanti saya membebel..So yg boleh saya cakapkan," Ni hari kami.Mana tau esok-esok hari dia pulak..Dik, Allah bayar cash je sekarang ni..takkan dapat lari jauh pun tu kalau hidup tu kerja nya nak menipu! report kami dah buat..tanggung je la akibatnya ye! ".
Sekian nasihat akak!

Janji anak-anak semua selamat..Lega



Zara dengan Kakak puyie #TheCurve


Esoknya kerja mcm biasa..Tapi bila nak bangun pagi tu ya ampunnn..abes semua muscle saya sakit..betis,peha,kaki,lengan,bahu,badan, leher..Arghhh rasa jalan mcm nak seret je kaki!
Lepas tu mengadu dekat Azie, dia kate lama sangat otot saya berehat.tu yang naik tangga sikit boleh sakit otot..amboi tau la awak tu atlit..otot sentiasa bergerak..hahaha

Tapi takpe, dia bg saya ubat relax otot..makan sebijik terus ok! Tu yg boleh sambung erobik kat gym isnin baru ni! hahaha..Mekaseh u! muahhhh


ok, bai wok!

p/s : Ada kenangan manis..Ada kenangan pahit utk dikenang..Biasalah, adat hidup di dunia pancaroba ini..cewah! ;) Pengalaman is the best teacher right?







3 comments:

ibuafiqahhuzaifah said...

salam,

semalam baca wasap member akak..ada family kena kencing tikus mandi kat ulu yam..hopefully korang hati2 ek lepas ni mandi manda..risau jgk skrg ni..

*just taking care*

dakcik said...

kak irnie : erkkk.. yeke??
Hurm minta kami dijauhkan ye..Thanks caring for us ..:)

LYAfrina said...

Bestnyer sesekali berjimpa. Tenang fikiran n nyaman j k tmpat.camni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails