I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Wednesday, October 8, 2014

Hari Raya Qorban 2014




Hai wok!

Masih bercuti raya lagi ke wokwok sekalian? Ada yg ambik cuti seminggu terus kan? hurmm jelesnya! Saya tak bercuti pun..orang yg kekurangan cuti rehat beginilah nasibnya..cuti cukup-cukup makan plus dengan tuntutan kerja yg membuatkan saya takut nak apply cuti lama-lama..biasa lah orang penting kan? gitu.

Hari Raya Qorban tahun ni saya tak balik kampung walaupun dapat cuti ganti..Sebab nya hujung minggu ni kami sekeluarga kena balik kampung untuk kenduri sempena Qurban oleh mak mertua..So nak jimatkan kos minyak yang dah naik 20sen tu, marilah kita berjimat dengan balik sekali harung je..takyah nak balik 2kali..kos skrg meningkat..gitu caranya..Balik hujung minggu ni pun tumpang kereta orang ye..hahaha..nak jimat sangat kan? =P


Oleh kerana kami tak balik..Orang Kuantan iaitu family in law saya datang beraya ke Putrajaya..Mak saya tak dapat datang sebab dia ade terima tempahan nasi dagang on  hari raya tu..

Family in law pun takde semua yg dapat hadir..2 family (Along dan Abg P) tak dapat datang jugak..beraya di rumah mertua masing-masing..

Kedatangan diorg pun bersebab..Nak melawat kakak encik suami yg kat Semenyih tu..Kakak tak berapa sihat.bru lepas operation hari tu..Alang-alang tu beraya terus kat sini..merasai suasana beraya di Kota katenya.

Petang sabtu diorg sampai..saya sediakan dinner utk malam tu..Khamis sebelum tu, Kakak Sopea ikut acik mumy dia ke JB dan Singapore..balik KL petang sabtu tu jugak..
Semua berkumpul di rumah saya..meriah wok!



Zara di pagi raya

Pagi raya diorg siap-siap dan pergi solat sunat Aidiladha di Masjid Besi Putrajaya ramai-ramai..Balik tu makan ketupat nasi, rendang, kuah kacang yg dibawa khas dari Kuantan..semua mak yg masak dari sana..2 periuk besar masuk dalam kereta okey..haha

Selesai makan semua, bergerak ke Semenyih melawat kakak encik suami dan beraya sekali..
Sesi makan pun bermula ye..Sesi makan tanpa henti! sendat perut wok!




Suasana beraya di KL


Dari Putrajaya to Semenyih to Hulu Langat..
Jauh betul sesi makan kami..
Memang terbaik sebab perut tak terasa lapar pun! haha


Seronok jugak ye beraya di KL sesekali..Sebab kerja asek berjalan ke rumah sanak saudara je..Kalau di Kuantan kerjanya asik tunggu orang datang kat rumah je..eh? haha

Pagi Isnin diorg dah nak gerak balik ke Kuantan..Masing-masing dah start kerja hari Selasa nanti..
Anak-anak saya semua ikut balik ke kampung..Lagipun Zara takde babysitter sepanjang minggu ni..Mama dayah balik Kelantan ada kenduri kahwin..Memang mama dayah mintak cuti sepanjang minggu ni..Tu pasal dah kebetulan family dtg dr Kuantan, marilah kita menumpangkan sekali anak-anak..Kalau tak encik suami kena apply cuti panjang utk jaga budak2 tu..hihi

Bujang trang tang tang la kami! eh bujang sekejap..;)

Tu kisah Hari Raya Qorban kami untuk tahun ni..
Kali ni dah masuk 3kali saya beraya di KL..semuanya time Raya Qorban je..Kalau Raya Puasa belum lagi setakat ni..kalau boleh taknak pun..hehe


ok, bai wok!





p/s : Jumaat ni dah nak balik Ktn..tunggu mama ye anak-anak! miss u so mucho!






2 comments:

eamy milea said...

Dalam perkenalan.. :)

LYAfrina said...

Oloo tiutnya dia.. serba pink gittu..
salam aidiladha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails