I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Tuesday, November 11, 2014

Resepi Kek Coklat Lembap #BakardanKukus






* Tunaikan permintaan kawan-kawan yang nak resepi kek ni kat IG dan FB *

Cewahhh! bajet chef sangat...haha


Jom saya share sikit resepi simple cubaan saya!



Resepi Kek Coklat Lembap






Bahan-Bahan :

200gm tepung gandum - ayak 2kali
100gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
200gm gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-Cara :

1. Ayak tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat

2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan susu dan minyak dan kemudian pukul lagi

3. Masuk tepung, putar sehingga sebati. Masukkan air panas dan kacau sehingga adunan tak berketul..Lepas tu masukkan dalam loyang

4. Bakar dengan suhu 150c selama 1jam atau kukus selama 1jam.

Atau 

Bakar dengan suhu 150c selama 1jam ..Tunggu kek sejuk sikit lepas tu kukus selama 20minit..

Hasil dia memang terbaik..lebih sedap!
Tu tips saya..hehehe




Hasil selepas dibakar


Untuk toping ganache 

Bahan-Bahan :

2 sudu besar minyak masak
6 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar serbuk koko
Air panas secukupnya

Gaul semua bahan dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga cukup likat..



Siap! Selamat mencuba!












* Selingan sikit..saya buat kek coklat lembap ni masa birthday encik suami bulan Ogos hari tu..
kemain lama punya cerita kan..haha










Masa celebrate birthday encik suami kat Wiliams Corner


2 comments:

Azian Elias said...

salam kenal..



i pun suka chocolate cake.. sangat suka..

LYAfrina said...

next year boleh cuba buat sdri jugak utk birth hubby

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails