I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Friday, July 25, 2014

Menu berbuka & Salam Aidilfitri !





Salam Jumaat & Salam Ramadhan ke-27


Saya masih bekerja today..ramai yg dah balik ke kampung ke? 
Lengang jln raya pagi ni..pg td hantar kakak ke sekolah pun cikgu masih belum datang..hari ni kiranya hari last bekerja..lepas tu cuti panjang..seronoknyaaa..=)

Bulan puasa tahun ni rekod sbb banyak menu baru saya try..yang dulu kalau tak pernah masak so kali ni marilah kite try & error k! kalau tak sedap sila lah makan juga..hahaha

Jom, tgk serba sedikit menu juadah berbuka yg saya sediakan utk family..
simple & sonang punya menu!

Moh kita,
Dari dapur dakcik!



# sambal sotong #resepidari blogger kak elly

Ni menu wajib dan paling favorite kami sefamily especially encik suami, dan menjadi igauan geng bff sy ;)

Ayam berlada

Saya kongsi sikit resepi dia, 
Ni je bahan asas yang diperlukan

Bwg merah
Bwg putih
Lada kecik
Lada besar
Asam keping (option)
Belacan (option)




Dan tumbuk kesemua bahan tu..tips, jgn tumbuk lumat sangat..tumbuk ala-ala je..mcm kat gambar atas tu..
lepas tu tumis bahan yg telah ditumbuk sehingga garing sikit..dan masuk ayam gaul2 bg sebati dan siap! senang kan? tapi leceh sikit bila part menumbuk tu je..haha

Dan hasilnya !

#ayam berlada #resepidari bondamertua

#kentang telur



#Sambal paru goreng #first time buat



#tomyam ayam



#ayam masak tomato

#pulut kelapa #tak lengkap takde ikan masin
First time tanak pulut..call mak tanya mcmane..hihi..
Mula-mula tanak atas api dapur..tapi tak pandai bajet jd hangus sikit..
So kali kedua nk make it better, google cara-cara tanak pulut guna rice cooker..
Dan hasilnya!

Lagi terbaek dari tanak atas api dapur..lembut dan yg penting tak hangus dan tak berkerak!
yeayyy! menjadi !


#pulut tanak


Okey, ni jugak first time buat..puding karamel!
Saya kalau bulan puasa, ni lah kuih wajib beli! Kat bazar ramadhan Putrajaya ni ada satu kedai tu mmg kedai pebret kami..tetiap hari mesti beli..RM2 per slice..memang sedap sgt2 dia buat..tetiap tahun kalau ke bazar putrajaya mmg konpem akan cari tapak kedai dia dulu sampai jumpa! hihi

Oleh kerana nak memenuhi hajat yg mmg hari2 nak makan puding ni, ape kate saya try buat..nak tgk hasil dia same tak dgn yg saya suka tu..minta resepi dari azie dan jugak google resepi..

Dan ini hasilnya!

Puding karamel bengkak sana sini wokkkk!!


#puding karamel

hahahaha..huduh betul rupa puding saya kan...encik suami gelak je..dia panggil puding bengkak kena jerawat! haha

Lepas tu yg paling tak tahan manissss ya ampunnnnn! padahal pakai separuh je tin susu..cuma saya tukar susu pekat manis..bkn susu cair..sbb susu cair takde simpan kat rumah...hahaha..kate azie itu penyebab kenapa manis leting! ;P

Oklah, not bad ha? practise make perfect org kate!
*ayat sedap hati *

#after potong #rupa dalaman pun tak cantik

Lepas tu, saya teringin nak makan mee rebus terengganu..
request resepi dari azie..sbb suami dia mmg teror gila masak mee rebus ganu ni..
Dah hujung2 Ramadhan ni mmg kurang selera sikit makan nasi..lagipun macam dah habes menu nak masak ape..hahaha
So marilah kita try menu berbeza pulak
Uplod pic ni kat IG dan FB, ade yg pm minta resepi..so mohla kita share ye!
sharing is caring right? ;)



#mee rebus ganu #resepi dari papa sang goku

Resepi Mee Rebus Ganu :

5 ulas bawang merah hiris
2 ulas bawang putih cincang
1 sudu setengah lada hitam tumbuk
3 biji telur (nak makan 3 org)
Mee kuning
Sawi
Ayam/daging/udang/sotong/fishbol (option pilihan masing2)
Garam
Sup bunjut

Cara2 :

1. Tumis bawang dan lada hitam sampai naik bau..Kalau taknak pedas sangat isi sikit je lada hitam tumbuk tu..
2. Masukkan ayam/daging/sotong sampai masak
3. Masukkan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. masuk garam dan sup bunjut
5. Dah gelegak masuk mee..sawi dan fishbol
6.Hujung dah nak siap tu pecahkan telur dan tunggu sehingga masak
Siap!

Selamat mencuba wok!
Sedap wokkkkk!

Okey, sepanjang saya memasak bulan puasa ni, kadang-kadang menguji kekuatan mental & fizikal tau..betul2 kena sabar! hahaha
Tgkla pembantu saya buat ape bila saya tgh sibuk masak!


#Zara #memasak jugak katenya
Adoilah...kita kemas dia punggah balik..kita kemas dia punggah! sudahnya biar je lah..lepas habes masak saya kena kemas semula..dah la penat bekejaran nak masak td, lepas tu masak pun ngam2 je dgn waktu nk berbuka..kena kemas lagi..fuhhhh! sabarrrrrrrrrrrrrrrrrr mama..sabarrrrrrrr mama..besar ganjaran isteri/ibu memasak utk anak2 dan suami...:)

Tapi bila tgk hasil dari air tangan kita, penat lelah kita, peluh ketiak kita, bila tgk anak2 & suami makan dengan seleranya..
Alhamdulilah...saya happy!
mungkin lah sedap kan? hahaha






Zara in action masa makan mee rebus ganu..abes semangkuk wokkk!
Happy tummy! happy mama!



Alhamdulilah, inilah yang akan dirindui pada masa bulan Ramadhan..
rushing2 balik dari ofis, sampai rumah rushing2 nak masak..lepas tu semua duduk semeja nak makan sama-sama..quality time with family!

Ramadhan pun akan berlalu pergi beberapa hari lagi..Semoga kita semua mendapat manfaat di dalam bulan yang mulia ini..Dan semoga kita ketemu Ramadhan yang akan datang..InsyaAllah..


ok, bai wok!

eh, nak bagi pantun jap

Saya rasa sangat gembira,
Namun sedih juga terasa,
Datangnya Hari Raya,
Tinggalnya bulan Puasa..


Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari, 
Salah dan silap harap maafkan..


Lembu cuit buaya
Buaya baling tin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin..

Baju Raya berwarna-warni,
Pelbagai warna dan citarasa,
Disini akhirnya pantun ini,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya!!



Balik kampung hati-hati ye wok! ramai org tersayang menanti kepulangan kita! Semoga kepulangan kita dirai bukan ditangisi..please drive carefully & behaved di jalan raya! same to me! ;)

Kami sefamily balik Kuantan wokkk!!
Sbb kami dua-dua org Pahangg!! * jgn jeles * =)


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga!!! 



ok, bai wok!
Semoga selamat balik dan selamat kembali! aminnnn



p/s : opis hari ni dapat halfday! TQ KSP! yeayyyyyyy! :)





Wednesday, July 23, 2014

Iftar bersama kawan-kawan



Salam Ramadhan ke 25..

Dah start cuti ke wok? amboii awalnyaaaa..hihi
Saya masih bekerja sampai Jumaat ni..InsyaAllah Sabtu pagi gerak balik kampung..


Kebiasaanya saya setiap hari masak..Puasa kali ni rekod jugak sbb takde lagi beli lauk yg dh siap di bazar..just beli kuih tu ade lah..makanan dah siap pun takde beli..
So bila dah agak kurang idea dan setelah penat bekerjaran tiap hari lepas keje sbb nak masak juadah berbuka tu, bila tiba weekend je baru tukar angin..berbuka bersama kawan-kawan..

Kalau minggu pertama Ramadhan, kami balik kampung berbuka bersama family..

Di minggu kedua pulak, berbuka bersama kawan ofis encik suami di Shah Alam..
Dia mengidam nasi arab katenya! haha..kami pun tumpang sekaki dan seperut ;P
Menu Buffet style..RM27/person..Children free
Nasi Arab (3 Jenis nasi)
Gulai Kambing
Ayam bakar
Spaggeti
Desert (kuih & buah)






Iftar # 15 Ramadhan #Shah Alam #buffet # Nasi Arab

Pada hari cuti Nuzul Quran tu, geng ofis encik suami anjur iftar beramai-ramai..Kali ni iftar di rumah saya..Menu potluck..Masing-masing masak 2,3 jenis lauk dan desert..

Saya prepared Nasi, Sup ayam , kek batik dan air sirap laici..



Kek batik #Gambar sebelum


Kek batik #Gambar selepas

Some of the menu dari yg telah disediakan dari 5 family 

Ayam golek
Gulai tempoyak ikan patin
Gulai labu 
Daging masak kicap
Sambal udang
Sup Ayam
Kailan ikan masin
Kerabu mangga
Sambal belacan
Ulam-ulaman

Desert :
Donut
Puding koktail
Kek batik
Roti John
Bubur lambuk
Air Sirap laici

Macam makan style buffet gitu..hihi
Tapi sangat puas hati iftar macam ni..semua lauk sedap..makan pulak bersila atas tikar..ramai-ramai..old skul style! macam orang dulu-dlu..best & happening sangat!!

Iftar # 17 Ramadhan #gengofisJPPH #potluck #Putrajaya

Lepas tu, every year kalo Ramadhan we olls memang tak miss utk beriftar bersama-sama ni..Kalau dulu selalu buat potluck dan makan di rumah ikut giliran..hihi
Tapi tahun ni Azie request nak makan buffet sbb dia dah bosan masak dan nak makan menu sedap sikit..So mari kita book MJK Coffehouse..
Harga buffet RM19.90/person..Children below 5 years free..
Menu kampung style
Lokasi at Bandar Kinrara Pucong

Semua masakan dia sedap! nak2 ketam masak cili , gulai kawah daging & bubur kacang..terbaekk!
Cuma kena cpt ambil makanan sbb cepat habis..dan diaorg lambat sikit refill..


Iftar #20 Ramadhan #bff #MJK Coffehouse #Pucong


Minggu keempat, beriftar dengan kawan baik encik suami ni merangkap geng ofis dia jugak..hihi
Yang ni menu kena oder lauk yg kita nak makan..ikot selera masing-masing..
tempat di MZ Cafe di Abu bakar baginda, Bangi..




Iftar # 22 Ramadhan #MZ Cafe #Bangi 

Semalam, beriftar bersama uncle cd di rumahnya..Menu disediakan iaitu Nasi Ayam Utara..sedapppp sangat!2 kali tambah wok! hihi
Kami bawak kuih-kuih je..tu popia pedas kegemaran diorg berdua..=P


Iftar # 24Ramadhan #rumahunclecd #Nasi Ayam Utara



Dan yg upcoming iftar terakhir bersama kawan-kawan sebelum balik kampung, InsyaAllah esok (26 Ramadhan) bersama kawan ofis encik suami lagi di Hotel Everly,Putrajaya..=)

Alhamdulilah rejki yg ada dikongsi bersama..Seronok beriftar ramai-ramai ni..merapatkan lagi ukhuwah sesama kita..Kena besederhana dalam berbuka..Janji makanan jangan dibazirkan ye..


ok, bai wok!











Monday, July 21, 2014

Zara Demam Ciken Pox #throwback






Salam Ramadhan ke-23!


Minggu kedua Ramadhan iaitu 10 Julai 2014 , dapat mesej dari mama dayah suruh saya call dia..
Wahhh cuak jugak tetiba dapat msg di ofis waktu tu..
Bila call mama dayah bgtau Zara macam kena ciken pox..demam campak yg besar2 biji dia tu..
Hari tu kakak kena..now turn adik pulak..Tapi yg peliknya kakak kena dah 3,4 bulan yg lepas..huhu

So petang tu ambil dia mcm biasa, dan tgk keadaan dia..pada tekaan sy mmg kena ciken pox lah..sbb pengalaman lepas kan..
Malam tu terus decide bawak ke Klinik An Nur Putrajaya..sebelum dia melarat makin banyak kan so better jumpa doctor dlu..

And yess, mmg betul..ciken pox..Tapi malam tu dia tak start demam lg..

Hari pertama kena ciken pox


Gatal kat kepala..sbb paling byk naik kat kulit kepala

Masa jumpa doctor tu, mmg bijik2 tu byk dah naik..dan dah ade yg pecah sbb dia garu..hihi..Tapi alhamdulilah dia langsung tak merengek ke menanges ke..mulut duk sibuk cakap eeeeee sambil tunjuk biji2 air kat tangan dia..hihi

Lepas tu, kami diberi suggestion oleh doc utk mengurangkan ciken pox dia naik bertambah teruk dan elakkan dia dr demam yg terlalu tinggi..Doc suggest utk ambil ubat antiviral means utk stop kan ciken pox naik lg banyak..Yg dah keluar tu dah tak boleh buat ape lg..juz biarkan dia pecah dan kering sendiri..kata doc lah..
So kami ambil antiviral tu..takes 4 times/day/for 5 days

And alhamdulilah, after take antiviral tu, bijik2 air yg dh naik tu pecah dan mula nmpk mengering sikit..dan takde byk naik just like what doc said..
Legaa lah kami..plus dia mmg takde demam langsung..aktif macam biasa je..
Takde gaya macam org demam pun..Cuma nampak la sikit biji2 kat muka..sbb sebelum bwk jumpa doc tu, mmg ciken pox dh start naik byk kt muka dahi semua..org ingat dia kena ruam..


So saya tetap kena cuti jaga dia kat rumah..sebab still tak boleh hantar dia ke rumah bbysitter..Nanti baby lain kena jangkit pulak kan..At least seminggu baru boleh hantar dia semula..

Hari kedua kena ciken pox tu, saya bawak dia keluar..Lgpun nak ke Klinik Kanak2 di Kelana Jaya utk ambil stok ubat Kakak Sopea..So marilah kita manfaatkan cuti menjaga anak ni..;)






 See macam takde gaya org demam pun..mata berair tu sbb nangis nak ikut ayah keluar dari kereta..hihi


After 5 days amik antiviral tu, saya dah tak continue lagi sampai ubat betul2 habis..Just ikot what doc said..only 5 days..

And alhamdulilah sepanjang saya cuti menjaga dia kena ciken pox tu mmg senang sgt..takde meragam or menangis ke..cuma kena layan dia main je lah..layan kakak sekali yg cuti tak pergi sekolah jgk..ambil kesempatan betul anak-anak ye! 


Hari ke-6 ciken pox # 15 Julai 2014
So last saya bercuti on Hari Nuzul Quran tu..Rabu dah start keja semula..lame saya cuti tu..seminggu kottt..tapi plus cuti weekend & cuti am..;)


And now, ni muka lastest dia, tggl parut sesikit je lah..tu pun sebab dia suka kopek kan yg dh kering tu..sabo je lah..



budak kuat makan! dahi tuuuuuu! hahaha


eh mama pun nak interprame jugak ke! hahaha

 Alhamdulilah, dia dah sihat sepenuhnya sebelum Syawal menjelma..eceh! Syukur sangat kan..Kalau thn lepas masa Ramadhan dia kena warded..So thn ni kena ciken pox pulak..Dan yang paling penting semoga episod kakak kena ekzima teruk masa Syawal yg lepas tidak berulang kembali tahun ni..Ikutkan hampir genap setahun Kakak sakit teruk hari tu..Moga anak-anak mama sentiasa sihat dibawah lindunganNya..amin..

ok, bai wok!




p/s : minggu ni minggu terakhir Ramadhan..mencari malam lailatul qadar..dan juga minggu terakhir nk kongsi cerita Ramadhan 2014..:)


#Pray4Gaza #Pray4MH17 #Pray4MH370 #Pray4muslims












Takziah kepada keluarga mangsa MH17..Al-fatihah..Sudah ketentuanNya..

It's a heartbreaking news..Gaza..ramai kanak-kanak menjadi korban..now Malaysia..flight was shot down! MH370 hilang tanpa khabar berita..
I'm speechless..

Never Stop Praying..
May Allah reveals everything..








Tuesday, July 8, 2014

Iftar bersama keluarga !! #7 Ramadhan





Salam Ramadhan ke-10 !


Weekend lepas kami balik ke Kuantan..like tahun-tahun yg lepas..mesti ada berbuka puasa bersama keluarga di kampung..

Gathering seluruh ahli keluarga..paling meriah tentulah fmily belah mertua saya..sbb adik beradik ramaiii...
Kalau belah saya, tak berapa meriah..maklumlah adik beradik 2 je kan..hihi
Lagi pun tahun ni mak saya tolong orang berniaga di bazar Ramadhan..so mmg tak dapat nk berbuka di rumah..mak saya hanya dapat joing berbuka di rumah mertua sy(birasnya) selepas selesai berniaga..agak lewat la sikit! tp at least dpt join kan mcm tahun2 lepas tuu..;)



Keluarga kami..ade lg yg tak dapat join iftar ni

Tahun ni  as usual tentunya masak beramai2 kan..mcm tahun lepas2 tu kakak-kakak ipar sy yg amik alih tugas memasak juadah berbuka..saya just tolong yg ringan-ringan je..
Tapi tahun ni special sikit sbb saya, teh, cik anne & dady fiq je yg masak juadah berbuka kali ni..encik suami mcm biasa tukang buat air..hehe..Yang lain2 resttttttt katenya! hahaha
* padahal sy baru merasa nk gantung kuali bila blk kg * ;P


Ok, kite tengok sebahagian menu yg sempat saya snap hari kejadian,

Menu utama : 
Gulai masam ikan patin (makanan org Phg sejati katenya!)
Ikan siakap 3 rasa
Ikan siakap stim limau
Sayur campor
Ayam goreng kunyit
Puding koktail
Air bandung soda




Gulai masam ikan patin a.k.a gulai tempoyak patin..terbaekkk!!

Puding koktail by me

Siakap 3 rasa by dady fiq

Siakap stim limau by anne


ayam goreng kunyit by me ( for kids)


Sayur campur lupa nk snap..hahaha..alah, bese2 je pon tuu..

Alhamdulilah...semua ahli family berselera makan..

Tapi kan, Iftar bersama keluarga ni memang terbaekkkkk!!


Suasana tu rase lain sangat bila mane kita berbuka di rumah sesame kita je kan..hihi

Meriah.Ceria.Happy.Rapatkan Ukhuwah

Lepas tu solat berjemaah sesama!mengemas sesama! makan durian sesama & layan bola sesama!!hihi

Penat itu berbaloi org kate!


Alhamdulilah..moga2 ikatan sesama keluarga terus lagi utuh! InsyaAllah


Tanpa keluarga siapalah kita..Hargailah keluarga walau di saat senang atau pun susah!Itu je lah keluarga yang kita ada!


ok, bai wok!








Thursday, July 3, 2014

Cerita Ramadhan 2014




Salam Ramadhan ke -5 !


Okay, kita masuk psl cerita Ramadhan tahun 2014 ni..cewah!
Alhamdulilah, hari ni dah masuk hari ke 5..kejap je kan..rs macam semalam baru je puasa..tup tup dah hampir 5 hari..

Seperti biasa bila Ramadhan menjelma kaum-kaum isteri mmg sibuk memasak berbagai juadah berbuka utk family masing2 kan..tak terkecuali saya juga..biasalah kan perempuan..nak pulak yg dah berumah tangga..ada husband, anak2..tanggungjawab kan.


Kalau dulu zaman kita kecik2, saya ingat lagi bila mak sibuk masak kat dapo..saya sibuk lah terbaring terdampar keletihan..orang berpuasa ..hihi..drama sgtkan! kaum laki pulak terutama si ayah sibuk tgk tv..kesian mak yg kat dapo tu pung pang masak sensorang..Tau2 dah dekat dengan waktu berbuka barulah sibuk turun ke dapo..get ready nk berbuka..Kdg dengar jugak mak membebel-bebel kat dapo..yela kan tak menang tangan! 
Tapi tu masa sy kecik je, ms sekolah rendah..bila saya dah masuk sekolah menengah saya dah kena tlg mak saya..kesian tgk masak sensorang kan..ptong sayur, ptong bawang, blender lada, mcm2 lah..cuma saya tak la masak..kang sy masak tak sedap pulak..haha

Bila dah berumah tangga ni, barulah rs mcm mane mak kite rs dlu..anak still kecik kenalah msk sensorang kan..dengan kita keja lg..balik keje jam 5 ptg bekejar-kejar ke dapo..pung pang pung pang! Nak duduk berehat pun tak sempat wokk!  ha, baru rasekan ye! hehe..mase ni adalah terpk, cptlah kakak besar leh tlg mama kat dapo..;P

Penat bulan puasa ni penat lain macam kan? u olls rase tak? hihi..Jam 9 mlm ke atas bdn dah rs flet..mata tak boleh bukak..baring  dgn anak2 terus je tertido sampai ke pagi..

Takpelah,  berkat air tangan kita yg memasak utk fmly besar ganjarannya kan..amin
Janji ikhlas ye dak? hihi

Dah masuk hari ke 4 sehingga semalam , saya memang masak..masak simple2 je..janji ada kuah 1..sbb encik suami mmg jenis makan nasi kena ada kuah..tak kira lah, kuah berlada ke kuah bersantan ke janji ada kuah..paling pebret kari..hihi

Kalo time sahur pulak, setakat hari ni mmg kami makan nasi..berteman kan sambal hitam pahang! mmg terbaekkk wokk! haha..mula2 kan kena mkn berat sikit bg badan bertenaga..nak pulak saya masih bf..kalo tak makan nasi mmg lembik sesangat..kang nak masak berdiri pun tak larat..haha melampau tuu

Geng bff saya tiap2 petang share picture kat wasap lauk berbuka masing-masing..si wanie masak itu, si azie masak ini..hehe..seronok tau! sbb suka tgk hasil kerja masing2..puas hati pun ye! penat lelah kita masak kan..happy je tgk hasil! share resepi itu ini..kdg tu leh amik idea menu diorg jugak..;)

Sharing is caring org kate..Jgn salah paham bukan nak menunjuk pun ape kita masak dsb..Kita just sharing mane tau menu yg kita share hari ni leh jadi menu utk org lain pulak..jd idea diorg nak masak ape kan..tak pun ape yg diorg share tu jd idea kita kan..
saya tak setuju bila org kate share menu or picture juadah kita ckp kita nak menunjuk skill memasak yg ada kan..mmglah menu biasa je..bkn yg hebak-hebak mcm kat hotel tu..tp at least ape yg org share leh bantu kita time kita memerlukan..hihi just my opinion lah..


Jom, saya pulak nak share juadah berbuka sepanjang 4 hari berpuasa ni, 

Ok, Kak Ton dah ready pegang kamera nak ambik picture!! 
Here we gooo!!







Ramadhan pertama,

Menu : Kerang rebus
Cencaru sambal
Sayur cendawan campor
Sambal kicap 
Ayam goreng for kids






Ramadhan kedua

Menu : Ayam goreng kunyit campor brokoli
Gulai lemak telur








Ramadhan ketiga 

Menu : Kari ayam
Sayur buncis 
Ikan goreng
Budu




Ramadhan ke-4

Menu : Singgang ikan
Telur dadar 
Sayur taugeh
Kari ayam lagiii

Desert tambahan : Puding roti berkuah
*gigih tau balik keje semalam terus buat..sib baik sempat siap sebelum waktu berbuka..






Simple je menu saya kan..takpelah, janji air tangan sendiri..cuma kuih2 tambahan tu mmg beli je kat bazar..itu pun encik suami yg pergi..saya mmg tak sempat la nk pergi kalo time keje..cuma ada 1 hari tu saya ikot dia pergi..tu pun sbb dah kebetulan saya ada urusan kat luar petang tu n terus je la singgah...kemain luas kan bazar Putrajaya ni..letih nak jalan satu2 gerai.. cari ape yang perlu jeee


Lagi pun kalau kita masak ni leh tahan sampai ke sahur lauknya..biasalah, awal2 Ramadhan ni semangat nk masak lagi..esok2 dah dekat nak raya dah bosan pulak asek makan nasi je kan..mase tu lah kita try makan menu lain pulak..menu tunjuk-tunjuk! hahaha


Okay, hari ni dah ade menu dalam kepala nak msak ape..nak try buat sambal sotong resepi kak elly tuuu..nmpk cm sedap jeeeeee...

Ok, selamat berpuasa ye & selamat mencuba resepi-resepi baru! like meee..hahaha




ok, bai wok!


p/s : ada resepi best share la nti..leh saya curi idea..hihi



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails