I WILL FOLLOW U

INFO ! INFO ! INFO !

Friday, November 14, 2014

Cuti-cuti di Gold Coast Morib





Hai wok!

Cerita cuti ni agak lama lah jugak..Dalam pertengahan tahun..haha..
Sekarang ada masa free sikit so boleh la update kan..
Banyak lagi cerita tahun ni tertangguh..Cuti kat Penang bulan 4 pun tak sempat nak cerita lagi..hahaha
Takpe kita throwback lagi ye!

Saya ceritakan mana yg ingat je la eh..maklumlah ingatan tak kuat..faktor umur! hahaha


Hari Ahad ke Sabtu eh..lupa dah..Kitorg balik dari kenduri kahwin kat Langat  terus ke Morib..
Booking hotel pun last minit..masa tu hotel ada buat promotion..Selalu duk tengok orang je pergi kan..So nak jugak la merasa gold coast ni..lagipun kira macam tindakan berani jugak bawak Sopea mandi kolam for the first time selepas dia baik sakit hari tu..Tunaikan janji nak bawak dia tido hotel dan mandi kolam..Masa dia sakit dulu banyak yg kitorg janjikan..Bila dah sembuh so kena tunaikan lah kan..Janji ditepati :)



Budak eksited
Sampai je memang cun masa tu tak ramai orang..So check in dan terus dapat kunci bilik..Masuk tengok not bad la walaupun tak dapat katil yg ada kelambu macam yang lain dapat tu..hihi
Tapi ni pun ok.. 




Paling teruja tengok private jakuzi ni..


Syokkkk!

Lepas tu kakak dan adik dah eksited pakai swimming suit dah..




Lepas tu here we go!!












Seronok sangat layan anak-anak ni..Maklumlah bukan selalu Sopea dapat main air kolam macam nie..Memang happy je dia..

Dalam pukul 6 ptg macam tu, kitorg naik atas..Sambung berjakuzi pulak!
Encik suami buatkan buih banyak and then berendam sekali semuanya! 
Let's party buih!! hahaha




Dah puas main sabun..siap-siap nak dinner pulak..Dinner kat area Pantai Morib tu jugak..
After dinner pusing-pusing kejap lepas tu balik dan tido..
Esok nya sambung mandi lagi




Mandi sebelum check-out

Zara main sliding! cuak muka! haha

Kejap je dapat layan kolam sbb nak check-out pulak kan tghri tu..
Siap2 check-out pusing jap area pantai..sbb smlm masa sampai tak round pun area hotel..
Masa ni panas terik! kerut-kerut muka masing-masing bergambo!









Lepas tu gerak balik rumah..Dalam kereta semua selamat tido..kepenatan main air kan..:)





Hingga ketemu lagi Gold Coast Morib!!
Nak repeat mandi jakuzi..hehehe

Ok bai!





Thursday, November 13, 2014

Tengok bola #tokgajah #Pahang #elephantarmy





Hai wok!

Mari kita flashback or senang panggil throwback cerita yg agak basi jugak kategori dia..haha


Kisahnya tak sempat update awal-awal kemenangan Team Bola Pahang hari tu..
So marilah kita jadikan pictures yang ada sebagai tanda kenang-kenangan..
Tanda kecintaan kepada team tok gajah..cewahhh! asal jadi juara baru ada tunjuk kecintaan lah kononnya kan..hehe
Eh tak ini kecintaan yg ikhlas tahu?..Dari dulu saya sekeluarga memang minat bola kan? jangan buat2 lupa okey wokwok..hahahahaha 

Kita cerita kisah pertama dulu..

Masa Final Piala FA 2014..
Pahang lwn Felda United
Stadium Shah Alam
7 Jun 2014



Kami balik ke Kuantan dulu lepas tu baru konvoi sama-sama ke Stadium Shah Alam hari Sabtu tengah hari tu.. Salah satu alasan dia sebab kebetulan memang nak balik Ktn Jumaat tu sbb ada hal nak kena urus..Satu lagi sebab Zara kena tinggal dengan mak..Memang plan tak bawak dia..tak sesuai lagi dengan keadaan dalam stadium yg bersesak-sesak..Just bawak kakak je..sian adikkkk..takpe lah, adik dah biasa tengok ayah main bola kan? hehehe


kat rumah lagi waktu nie..tunggu yg lain belum sampai so take wefie dlu!



selfie dalam kereta

And then sampai..Kitorg sampai lebih kurang jam 6ptg cmtu..Tunggu yg lain lepas tu gerak ke Stadium Shah Alam..


with kakak #perkarangan stadium



Sebelum masuk stadium..mak aiii pemandangan kiri kanan mencerminkan budaya kita! hrmmmm


Dalam stadium



with encik suami




pic collage


Alhamdulilah kemenangan kepada team Pahang..
Melompat kitorg dalam tu..happy sangat2..berbaloi datang dari jauh! hahahaha

Final Score : Pahang (2) lwn Felda United (1)


End kisah pertama

__________________________________________________________________________


Okey kisah kedua pulak..
Sabar je lah tengok bola sampai ada dua version! 


Ok kali ni utk Piala Malaysia pulak..

Pahang lwn JDT
Stadium Nasional Bukit Jalil
1 Nov 2014


us again 
Kali ni tak pergi konvoi dengan orang Kuantan dah..Kali ni konvoi dari Putrajaya dengan uncle cd je..Itu pun merempit je dengan skuter bertiga.. Zara again ditinggalkan..Sorry sayang..keadaan tak mengizinkan..cewahhh! sian dia..Thanks jugak kat mama dayah yang sanggup nak jaga zara on that day..siap bawak ke GM Klang lagi jalan-jalan..Thanks a lot mama dayah!! 

So meet up dengan fmly yg konvoi dari sana kat stadium je..mujur naik motor..jalan jem teruk! 
Kitorg walau naik motor jam 3 ptg dah keluar rumah tau..nak cepat sampai supaya tak bersesak sangat masa nk masuk stadium nanti..

Seperti yg dijangka memang ramai sangat orang..dengan penyokong masing-masing kan..Kuning dengan biru je semua! hahahaha




Kakak yg eksited tgk bola



Lepas tu kan..nak dijadikan cerita lagi tragik..hahaha kelakar pulak bila ingat balik..
Masa bergerak semuanya ke perkarangan Stadium tu, kitorg berhenti kejap kat gerai jualan baju jersi nie..Nak beli baju jersi yg dikirim kawan dan untuk diri sendiri..
Elok je dah siap beli jalan nak masuk stadium tiba-tiba hujan turun lebat sangat-sangat..Nak cari tempat berteduh memang takde langsung ye!

Sempat buat keluar baju hujan 1 je..Tu pun untuk tutup Sopea je..saya dan yg lain-lain buat-buat gagah berlari-lari nak masuk pintu tu..Agak jauh jugakla lagi nak sampai ke pintu masuk...
Sudahnya semua mandi hujan..basah kuyup lencun ! gila! luar dalam basah..kahkahkah
Kenangan betul!

Masuk stadium lega sbb stadium kan berbumbung..Sampai tu terus cari tempat duduk palin atas dan terus ke toilet pergi salin baju yg baru beli tadi..mujur baju baru tu dia letak dalam plastik..so elok tak basah..ape lagi salin luaran je lah..hakikatnya dalaman lencun..hahahaha

Tudung masa pergi kemain elok terletak dan berpin bagai..Bila dah basah tu, pakai ikut suka je sbb semuanya basah kan..hahaha..semangat sangat katenya  nk tgk bola!
Dalam stadium masa tu duk bising-bising dengan diorg, cakap kalau tak menang jugak memang saje je la berhujan basah bagai ni! 




Muka org mandi hujan dan basah lencun tu

Jam 7 dalam stadium memang dah penuh padat dengan penyokong! full !..saya anggarkan dalam 90k orang yg datang..Orang ramai macam masa Malaysia lwn Singapore dlu tu..Haa ramai mcm tu lah dalam stadium..Smpaikan waktu nak start tu polis terpaksa bukak seat VIP punya bagi yg lain-lain dapat masuk..fuhhhh memang havoc final kali ni berbanding dengan lawan Felda hari tu..

Semangat tok gajah dan harimau selatan katenya kan!

Ada video saya amik..video ultras EA dengan ultras JDT berlawan-lawan tunjuk kehebatan ultras masing-masing..tapi mcm biasa saya tak pandai nk uplod..harap maap ye..hehe

Masa game tengah berlangsung, masing-masing berdebor tak terkata..kecut perut..
Sopea pulak macam biasa, masuk second half dia dah selamat tido! hahaha
Bising-bising pun boleh lena tido smpai ke penalty time!
Sabo je lah wok!

Masa ni dah tamat game! 




Ni pun..tamat game..saya tutup mulut sbb tak tahan bau asap rokok sebenarnya tu..lemas
Sopea pulak masa ni baru bangun tido..terpinga-pinga lagi..

Dan kemenangan sekali lagi berpihak utk Pahang..Apabila menang penalti! 
Bukan menang nasib ye..menang dengan keazaman yg bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh setiap pemain! Saya tak nak la ulas panjang2 ye walaupun saya tgk live depan mata ape yg terjadi waktu perlawanan tu..
Cuma nak cakap Pahang memang hebat! cewahhhh!







Tahniah Pahang!!
Juara Piala Malaysia buat kali ketiga berturut2!!

Berbaloi kami yg sanggup berhujan, basah kuyup dan akhirnya kering sendiri sampai ke tamat perlawanan nie!! hahahaha
Terima kasih bagi kemenangan kpd rakyat Pahang!!

terimalah hashtag

#Pahangpower
#Menangtakbermegah
#Kalahtakrebah
#hitamputihtakkanpadam
#Elephantarmy
#tokgajah
#araskuasa
#hogohpahanghogoh
#thisisdarulmakmur



Ok bai!



Tuesday, November 11, 2014

Resepi Kek Coklat Lembap #BakardanKukus






* Tunaikan permintaan kawan-kawan yang nak resepi kek ni kat IG dan FB *

Cewahhh! bajet chef sangat...haha


Jom saya share sikit resepi simple cubaan saya!



Resepi Kek Coklat Lembap






Bahan-Bahan :

200gm tepung gandum - ayak 2kali
100gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
200gm gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-Cara :

1. Ayak tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat

2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan susu dan minyak dan kemudian pukul lagi

3. Masuk tepung, putar sehingga sebati. Masukkan air panas dan kacau sehingga adunan tak berketul..Lepas tu masukkan dalam loyang

4. Bakar dengan suhu 150c selama 1jam atau kukus selama 1jam.

Atau 

Bakar dengan suhu 150c selama 1jam ..Tunggu kek sejuk sikit lepas tu kukus selama 20minit..

Hasil dia memang terbaik..lebih sedap!
Tu tips saya..hehehe




Hasil selepas dibakar


Untuk toping ganache 

Bahan-Bahan :

2 sudu besar minyak masak
6 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar serbuk koko
Air panas secukupnya

Gaul semua bahan dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga cukup likat..



Siap! Selamat mencuba!












* Selingan sikit..saya buat kek coklat lembap ni masa birthday encik suami bulan Ogos hari tu..
kemain lama punya cerita kan..haha










Masa celebrate birthday encik suami kat Wiliams Corner


Wednesday, November 5, 2014

#awakkatmana




Hai wok!

Lama rasanya takde new entry kan? Macam-macam cerita nak kongsi..Tapi agak sibuk dengan keadaan semasa..cewah!

Awak kat mana? awak kat mana?
Macam best and chicky je kan lagu dari Taufik Batisah nie! i likee..

Saya ada kat sini je awak! *sambil kedip2 mata*

Nanti kalau saya ada masa, saya update lagi ye!




Cikgu dakcik! amboi cikgu tembamnya pp cikgu..macam kuih pau!
opss! jaga hati sikit ye! ;P



p/s : minggu ni minggu sengau! selsema datang..sob sob


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails